Mesyuarat itu tentang kejadian terbaru dan perubahan yang akan berlaku.
Sudah tentu, ini melibatkan 'The Big Adventure' dan Zhou Qing bersedia untuk hal itu. Dia sudah berfikir bagaimana dia akan menjelaskan dirinya selepas kembali ke program itu. dia mempunyai penjelasan indah tentang kenapa dia bertukar kepada stesen televisyen lain.
Mungkin, semua orang lain dalam bilik mesyuarat juga menyangkakan 'The Big Adventure' akan berakhir di tangannya semula. Tetapi, apabila tiba masa untuk membincangkan pengacara untuk program itu, Pengurus Stesen langsung tidak memandang pada Zhou Qing dan sebaliknya berpusing ke arah pengacara lain. "Kamu ada pengalaman dengan mengacarakan 'The Big Adventure' sebelum ini. Mulai sekarang, kami akan bergantung pada kamu…"
Selepas mendengar hal in, semua orang terkejut.
Boleh dikatakan semua mata beralih pada Zhou Qing. Kenapa ia berbeza daripada apa yang mereka jangkakan?
Apoya a tus autores y traductores favoritos en webnovel.com