webnovel

Salah Seorang Orang yang Paling Jijik

Editor: EndlessFantasy Translation

Selepas pihak polis beredar, Song Xin mencerlung garang pada Pak Cik Chen di dalam bilik hospital. "Kenapa Pak Cik beritahu polis? Pak Cik tahu tak, sebab apa yang Pak Cik cakap, saya mungkin masuk penjara? Keluarga Song tak pernah layan Pak Cik dengan teruk selama ini. Ini ke cara Pak Cik layan orang yang beri rezeki pada Pak Cik?"

"Memandangkan kamu dah buat salah, kamu patut masuk penjara." Pak Cik Chen membalas tenang, langsung tidak terancam dengan Song Xin.

"Pak Cik akan bayar balik apa yang Pak Cik cakap hari ini!"

Pak Cik Chen merengus dan kembali berbaring untuk berehat. Dia tidak teringin mahu membalas kata-kata orang gila seperti Song Xin.

Mesti dia sudah buta untuk bekerja dengan Keluarga Song dan mendedahkan dirinya dengan majikan yang gila.

Walaupun Song Xin mahu membalas dendam, dia lebih fokus pada perkembangan polis. Dia tertanya-tanya jika mereka sudah mengambil kamera itu dan membuktikan jenayahnya.

Capítulo Bloqueado

Apoya a tus autores y traductores favoritos en webnovel.com

Siguiente capítulo