Selepas mandi, Long Jie berbaring di katil dengan gementar sambil cuba mencari bagaimana cara membela anjing. Lu Che berbaring di sebelahnya dengan rambut yang masih basah semasa dia bekerja di komputer riba.
Long Jie bergerak lebih dekat untuk melihat. Lu Che sedang mengisi borang tentang Raja Bintang.
Lu Che berpaling dan memandangnya. "Kamu faham?"
Long Jie menggelengkan kepala. "Lepas Bos ambil alih, adakah dia akan ubah cara Raja Bintang beroperasi?"
"Raja Bintang tak akan jadi anak syarikat Hai Rui sebab Presiden guna aset dia sendiri untuk beli saham itu. Lagipun, jabatan dalam Raja Bintang tak berpeluang bekerja dia bawah Presiden sebelum Pengerusi Quan meninggal dunia. Jadi, ketika ini, tak ada banyak pun yang perlu ditukar."
"Adakah ini bermaksud yang Bos akan jadi lebih penat mulai sekarang?"
"Agaknyalah." Lu Che mengangguk. Selepas bercakap, dia mematikan komputer ribanya dan menarik sehelai tuala untuk mengeringkan rambutnya.
Apoya a tus autores y traductores favoritos en webnovel.com