Pejabat Pengerusi Raja Bintang.
Bapa Quan sedang menonton berita hiburan. Dia mengeluh sambil mematikan televisyen dan memanggil setiausahanya menerusi interkom. "Suruh Presiden Quan datang jumpa saya."
"Maafkan saya pengerusi Quan, Presiden Quan tak ada di pejabat…" Setiausaha itu membalas dengan berhati-hati.
Bapa Quan memegang dadanya tanpa sedar. Dia terlalu marah sehingga tidak dapat bernafas. "Suruh orang cari dia dengan segera. Hai Rui dah minta Quan Ye muncul di sidang media pada jam 3 petang. Kita tak boleh biarkan sampah ini rosakkan Raja Bintang."
"Ya, Pengerusi Quan."
Setiausaha itu meletakkan telefon dan segera menghubungi Quan Ye.
Tetapi, lelaki yang terlibat itu langsung tidak menunjukkan rasa ambil kisah akan situasi ini. Dia belayar ke laut seperti yang dirancangkan, merangkul seramai mungkin peragawati yang ada dan benar-benar berlagak dengan kehidupan seorang pewaris kaya.
Apoya a tus autores y traductores favoritos en webnovel.com