Selepas itu, Tangning meninggalkan studio tersebut. Namun, sebaik sahaja dia menaiki kereta Mo Ting, dia segera ditarik ke dalam rangkulan hangat ketika sepasang bibir menekan bibirnya sendiri.
Tangning menyesuaikan dirinya dengan aksi tiba-tiba tersebut dan menikmati kehangatan yang biasa dirasainya. Sehingga kedua-dua mereka tercungap-cungap, barulah Mo Ting melepaskannya.
Dia menggeselkan hujung hidungnya pada hidung Tangning dan menggumam dengan suara yang serak dan seksi di tepi bibir Tangning. "Ini kali terakhir. Kalau kamu buat lagi, saya pasti akan beritahu seluruh dunia… kamu wanita milik saya."
Tangning menarik wajah kacak Mo Ting dan tersenyum. "Abang cakap atau tidak, saya tetap wanita milik Abang. Daripada hujung rambut ke hujung kaki, saya milik Abang sepenuhnya."
Apoya a tus autores y traductores favoritos en webnovel.com