Ruang rehat dan bilik persalinan untuk pelakon utama berbeza daripada yang lain. Ning Xi dan Lu Tingxiao berpisah untuk bersolek.
Ketika Ning Xi melangkah masuk ke dalam ruang rehat itu, jurusolek dan pembantunya tiada di situ. Dia hanya nampak Jiang Muye yang sedang bernyanyi di hadapan meja solek.
Ketika lelaki itu melihat Ning Xi, dia segera membuka fon telinganya dan berjalan ke arah gadis itu. "Ning Xiao Xi, macam mana? Pak cik saya ada kat sini hari ni?"
Jiang Muye memandang ke luar ketika dia bertanyakan soalan kepada Ning Xi seolah-olah dia mahu melihat kekacauan. "Hahaha… Pertarungan yang sangat liar! Saya nak tahu juga kejap lagi ada pergaduhan yang sebenar atau tak."
Ning Xi duduk di atas kerusi sambil memicit batang hidungnya. "Saya tak nak tengok sehelai pun rambut makhluk yang bergelar 'bekas teman lelaki' sekarang ni. Kalau awak terus muncul depan saya, mungkin saya akan buat sesuatu."
Apoya a tus autores y traductores favoritos en webnovel.com