Zhuang Lingyu menarik tubuh Ning Xueluo ke belakang. "Xueluo, tak payah cakap apa-apa dengan dia lagi. Dia hanya akan gembira lepas kita semua ni mati!"
Tuan Tua dan Ning Yaobang sudah beredar dari situ. Hanya Ning Qiutong dan mereka sahaja yang ada di dalam bilik itu.
Zhuang Lingyu sudah tidak tahan lagi. "Dia masih lagi bencikan kita lepas apa yang berlaku sebelum ni! Dia dah mengandung dan tipu kita yang anak tu adalah anak Su Yan. Tapi, akhirnya dia sendiri yang buat Su Yan tinggalkan dia dan Su Yan pilih Xueluo!"
"Kita cuma boleh hantar dia ke luar negara supaya dia tak malukan keluarga kita! Kita tak umumkan identiti dia yang sebenar sebab kita tak nak orang lain tahu tentang masa silamnya!"
"Tuan Tua pun kita tak beritahu tentang hal ni, jadi sebenarnya kita dah banyak tolong dia! Padan muka dia! Dia ada hak ke nak benci kita?"
"Lingyu, diam!" Ning Yaohua kelihatan tidak selesa.
Apoya a tus autores y traductores favoritos en webnovel.com