"Oh... Bahagian rekaan History? Tak ada orang lain ke?" Han Xiao duduk bersandar di kerusi Ning Xueluo dan meletakkan kedua-dua belah kakinya di atas meja mahal milik perempuan itu. Dia memandang Ning Xueluo sambil tersenyum sinis.
Air muka David serta-merta berubah selepas mendengar kata-kata Han Xiao. Dialah ketua bahagian rekaan! Tetapi, David tidak berani untuk memarahi Han Xiao, jadi dia hanya mampu tersenyum pahit dan mengiyakan sahaja kata-kata lelaki itu.
"Saya tak akan sembunyikan apa-apa dari kamu, Encik Han. Akhir-akhir ni, pasukan rekaan History kekurangan inspirasi dan pasaran saham kami dah didominasi oleh pesaing terbesar kami. Kalau tak, kami tak akan berani menyusahkan kamu," Ning Xueluo berterus terang.
Apoya a tus autores y traductores favoritos en webnovel.com