Walau bagaimanapun, dia terpaksa bertolak ansur. Kalau History digulingkan, habislah dia.
"Bos, saya tahu macam mana nak cari Han Xiao. Bagi saya masa dua hari… tapi, walaupun saya dapat hubungi dia, saya tak jamin yang dia boleh tolong kita." Sedikit sebanyak David memahami sikap Han Xiao. Mengupah seseorang yang sukar diramal sepertinya untuk menolong History bukanlah tugas yang mudah.
"Selagi dia mampu, kita akan penuhi semua permintaan dia," kata Ning Xueluo.
"Baik Bos, saya faham." David mengangguk kemudian berlalu pergi.
Selepas dia keluar, David mengeluarkan telefonnya. Dia memeriksa log telefonnya dan membuat panggilan.
"Hey David, apa khabar?" Suara yang kedengaran gembira berbunyi di hujung talian.
"Jill, saya perlukan bantuan kamu sikit," kata David.
"Pereka fesyen hebat David mahukan pertolongan dari saya! Apa yang kamu nak?"
Apoya a tus autores y traductores favoritos en webnovel.com