webnovel

Ada Beberapa Perkara Nak Cakap

Editor: EndlessFantasy Translation

Apabila Ning Yaohua melihat Ning Xi duduk bertentangan dengannya, ekspresinya berubah muram.

Kini, dia hanya boleh tunggu dan lihat. Dia harap Ning Xueluo akan mendapat lebih banyak saham. Dengan cara itu, dia akan berasa lebih tenang dan tidak perlu lagi melibatkan punca kepada semua masalah ini, iaitu dNing Xi!

"Ayah… kamu dah semakin sihat sekarang ni jadi kamu tak perlu terburu-buru buat wasiat!" Ning Yaobang tahu yang wasiat terbaru ayahnya itu tidak menguntungkan dirinya, jadi dia berkata begitu untuk percubaan terakhirnya.

Ning Tianxin yang duduk di sebelahnya tidak memberi sebarang reaksi.

Apabila orang tua itu mendengar kata-kata anak keduanya, dia berasa marah dan berkata dengan tegas, "Diam! Kamu tak ada hak nak suruh saya buat apa! Kalau kamu mampu, ganti semula kerugian syarikat, kalau tak, jangan cakap dengan saya!"

Ning Yaobang kelihatan muram selepas dimarahi oleh ayahnya manakala Ning Yaohua kelihatan gembira.

Capítulo Bloqueado

Apoya a tus autores y traductores favoritos en webnovel.com

Siguiente capítulo