Di ibu pejabat History, David bermain-main dengan gelas wain di tangannya kemudian dia meneguk air itu. Dia berkata dengan gembira, "Bos, macam yang saya cakap sebelum ni, jenama dan populariti adalah satu perkara dan pengurusan perniagaan pula perkara lain. Tak kira bagus macam mana pun pereka fesyen mereka, mereka bukan ancaman bagi kita!"
"Sekarang ni kamu dah tengok sendiri, jadi kamu boleh bertenang! Jabatan pemasaran bagitau yang Lu Xinyan memang seorang amatur. Semua perniagaan yang dia buat sebelum ni semua gagal. Perempuan dari Syarikat Lu tu langsung tak ada idea macam mana nak uruskan sesebuah francais. Dia dah buat pembaziran dengan promosi yang banyak, lepas tu buat Spirit jadi jenama yang murah. Bila orang mula tak datang lepas tempoh promosi tamat, dia mula buat kempen promosi lagi! Hahaha"
David ketawa terbahak-bahak.
Ning Xueluo memakai gaun labuh. Dia memandang ke luar tingkap dengan senyuman sinis di wajahnya.
Apoya a tus autores y traductores favoritos en webnovel.com