webnovel

Budak Tak Guna! Kenapa Kamu?!

Editor: EndlessFantasy Translation

Keesokan pagi, Ning Xi bangun awal dan memakai pakaian lelaki yang baru dibeli. Dia telah memasak satu periuk bubur makanan laut yang harum aromanya sebelum menuangkannya di dalam sebuah termos. Kemudian, dia menuju ke kediaman Zhuang untuk melawat seorang gadis yang sedang sakit.

Di rumah nombor tujuh di Jalan Chang'an, pengawal keselamatan di situ berjaga-jaga apabila melihat seorang pelawat lelaki yang muda, segak dan kelihatan pelik. Mereka memaklumkan kepada keluarga Zhuang untuk memastikannya sebelum membenarkan Ning Xi masuk ke dalam.

Sebaik sahaja Ning Xi sampai di depan pintu, seorang pembantu rumah membawanya ke tingkat atas. Zhuang Keer tidak ada kawan, apatah lagi kawan yang berlainan jantina dan lelaki muda yang kacak begitu. Oleh sebab itu, semua orang gaji di situ menjadi ingin tahu dan mencuri-curi pandang ke arah Ning Xi. 

"Inilah bilik Cik!" Pembantu rumah itu membawa Ning Xi ke pintu bilik Zhuang Keer. 

"Terima kasih!"

Capítulo Bloqueado

Apoya a tus autores y traductores favoritos en webnovel.com

Siguiente capítulo