"Kamu dah bangun?"
"Mmm..." Ning Xi menguap dan menggeliat dengan malas. Selepas itu, dia menarik bantal di belakangnya dan memeluknya. Fikirannya menerawang entah ke mana.
Walaupun Ji Feixue sedang menyamar sebagai seorang lelaki, dia baru sahaja bangun dari tidur. Lagipun, dia sedang berada di depan Ling Yu yang sememangnya sudah tahu tentang identiti sebenarnya. Di dalam situasi yang terbuka seperti itu, aura liar dan tegas yang selalu digunakan untuk mengekalkan imej maskulinnya kini tidak lagi kelihatan. Riak wajahnya nampak lembut dan rambutnya agak kusut-masai. Dia kelihatan seperti seekor kucing kecil yang sedang bingung dan keadaan itu membuatkannya kelihatan sangat comel...
Saat itu, semua pelakon dan ahli krew terpegun melihat kecomelannya!
Apoya a tus autores y traductores favoritos en webnovel.com