webnovel

Betul-betul Memukau!

Editor: EndlessFantasy Translation

Adegan ini akan jadi adegan permulaan filem itu. Adegan ini sangat penting kerana ia akan beri impak yang kuat kepada para penonton. Ia perlu jadi adegan yang paling menarik dan menakjubkan… hebat dan luar biasa.

Selepas berbincang untuk masa yang lama, idea utama Chen Mian ialah untuk buat adegan pertama itu betul-betul memukau. Pelakon lelaki utama dan pelakon wanita utama yang berpakaian lelaki itu perlu setara, tak ada siapa yang lebih bagus daripada yang satu lagi. 

Chen Hanchen menjawab acuh tak acuh selepas dileteri Chen Mian. 

Dia patut cakap tentang hal ini kepada Ning Xi, bukannya Chen Mian. Lagipun, bukan ke Chen Mian patut lebih risau tentang Ning Xi dalam adegan ini?

Chen Mian perasan keangkuhan Chen Hanchen dan berharap Chen Hanchen masih tetap yakin dan tenang begitu nanti.

"Argh!" Pembantu yang ada di sebelah pengarah tiba-tiba menjerit dan peralatan yang ada di tangannya jatuh ke tanah. 

Capítulo Bloqueado

Apoya a tus autores y traductores favoritos en webnovel.com

Siguiente capítulo