Hari sabtu itu, Tang Lang mengajar Kung Fu kepada Si Cilik sementara Ning Xi mengajar Lu Jingli cara-cara untuk memikat perempuan.
Pada waktu petang, Lu Tingxiao memanggil Ning Xi ke taman.
"Bos Besar, ada apa?" Ning Xi memerhatikan Lu Tingxiao. Dia nampak macam nak beritahu sesuatu.
"Mmm. Saya kena hadir makan malam esok. Saya tak boleh nak teman kamu semua."
"Oh, jangan risau, kamu pergi je. Saya pun kena bawa Lu Jingli keluar untuk laksanakan rancangan tu!"
"Makan malam tu dengan keluarga Guan," ujar Lu Tingxiao.
Kening Ning Xi terangkat sebaik sahaja dia mendengarnya. "Ahh, nampaknya ibu bapa kamu fikirkan perkara yang sama macam apa yang saya fikir?"
Ning Xi cari Lu Jingli untuk menggoda perempuan, sementara ibu bapa Lu Tingxiao pula cari perempuan untuk dijodohkan dengan anak mereka…
Tak salah lagi, hubungan dia dengan Lu Tingxiao mesti dah terbongkar. Jadi, mereka mesti ada rancangan lain…
Apoya a tus autores y traductores favoritos en webnovel.com