Parti itu masih berlangsung tapi semua orang kelihatan tiada keinginan untuk berseronok lagi.
Lu Jingli lihat beberapa orang gadis balik secara senyap-senyap. Asalnya, mereka semua datang untuk mendekati Lu Tingxiao tapi mereka semua berputus asa.
"Bro, idea yang bagus! Bukan setakat singkirkan pesaing-pesaing kamu, tapi kamu uruskan semua perempuan yang kejar kamu sekali! Pandainya!" Lu Jingli berkata kepada abangnya dengan kagum.
Pada ketika itu Lu Jingli tak sedar meskipun abangnya terlepas daripada masalah, keadaan akan berubah tak lama lagi.
Orang ramai memandang Ning Xi dengan pandangan penuh rasa ingin tahu apabila dia keluar dari bilik air. Si Ban Kecil cepat-cepat meluru ke arahnya.
Ekspresi wajahnya jelas menunjukkan: Si Cilik sedang marah!
Peluk!
Cium juga!
Untuk sembuhkan hati dan jiwanya yang patah!
Mak Cik Xiao Xi cium ayahnya dua kali! Dua kali!
Apoya a tus autores y traductores favoritos en webnovel.com