Di dalam mimpi Ning Xi, kata-kata Lu Tingxiao terus bermain di mindanya…
Satu hari nanti, kamu akan jadi ibu Si Cilik…
Mmm, jadi ibu Si Cilik…
Alangkah bagus kalau dia memang ibu Si Cilik…
Dia betul-betul sukakan Si Cilik…
Dia tak tidur nyenyak kerana masih risaukan Si Cilik.
Ning Xi bangun selepas berehat sekejap. Perkara pertama yang dia buat selepas bangun ialah melihat Si Ban Kecil yang dalam pelukannya.
Nasib baik si kecil itu masih tidur nyenyak. Jari-jari kecil Si Cilik memegang hujung baju Ning Xi separa sedar. Leher dan belakang badan Si Cilik berpeluh.
Baguslah dia dah mula berpeluh, itu maknanya dia sedang keluarkan haba…
Ning Xi segera menyentuh dahi Si Ban Kecil, nampaknya suhu badan Si Ban Kecil sudah turun sedikit.
Apoya a tus autores y traductores favoritos en webnovel.com