webnovel

Cara Berinteraksi yang Unik

Editor: EndlessFantasy Translation

Pada masa yang sama, Lu Chongshan dan Yan Ruyi sedang menonton rakaman pengawasan di dalam bilik pengawasan di halaman rumah, dengan sepenuh perhatian.

Riak wajah Yan Ruyi yang pada mulanya tegang, berubah menjadi lembut sewaktu dia melihat hubungan mesra di antara Ning Xi dan Si Cilik, serta dua ayat yang ditulis oleh kanak-kanak itu. Dia ketawa geli hati, "Mesti Tingxiao yang ajar dia!"

Lu Chongshan mendengus. Dia tidak berkata apa-apa dan hanya terus menonton monitor itu dengan penuh perhatian. Lu Chongshan bukan sekadar ingin memerhatikan Ning Xi, dia juga ingin tahu kenapa perempuan ini mampu membuatkan Si Cilik begitu mendengar kata!

Tetapi...

Lu Chongshan kecewa.

Ini kerana sebenarnya cara interaksi di antara Ning Xi dan Si Cilik adalah sangat ringkas.

Dengan kata lain, mereka hanya buat hal masing-masing.

Capítulo Bloqueado

Apoya a tus autores y traductores favoritos en webnovel.com

Siguiente capítulo