webnovel

Menyayangi Kamu Untuk Sepuluh Ribu Tahun

Editor: EndlessFantasy Translation

Bukannya Ning Xi tidak sedar sikap Lu Tingxiao terhadapnya sedikit luar biasa, tetapi Lu Tingxiao selalu berhenti pada masa yang betul. Jika Ning Xi bereaksi berlebihan, ia mungkin terasa seperti lelaki itu menaruh perasaan terhadapnya yang mungkin tidak pernah wujud.

Jadi, dia menjawab seperti mendengar soalan biasa: "Lelaki!"

Lu Tingxiao mengecilkan mata, "Kamu balik tak hari ini?"

Soalan ini…kedengaran semakin…

Ning Xi menggunakan kemahiran lakonannya dan berpura-pura tidak memahami maksud di sebalik soalan itu. Dia menjawab bersahaja, "Saya tak pasti. Saya beritahu kamu nanti. Saya sudah lewat, saya naik dulu ya!"

Malam ini, banyak perkara yang tak dijangka bakal berlaku. Bagaimana jika dia tidak dapat menahan diri lalu memukul Jiang Muye sepanjang malam?

Ning Xiao berlari ke tingkat atas dengan cepat untuk mengambil beg galas hitamnya, lalu dengan laju memeluk Ban Kecil dan menciumnya sebagai tanda selamat malam.

Lu Tingxiao menatap bayang-bayang gadis itu yang berlari keluar dari rumah dengan cepat. Wajahnya berubah dingin serta merta, seperti salji pada bulan Ogos.

Selain daripada Ning Xi, Ban Kecil tidak kisah kepada perkara lain, termasuk bapanya sendiri. Namun, apabila dia ternampak wajah ayahnya yang bertukar gelap, dia menunduk kepalanya ke bawah dan menulis sesuatu pada tabletnya. Kemudian, dia mencuit dengan jari kecilnya untuk memanggil ayahnya.

Apabila terasa tekanan kecil pada lengannya, Lu Tingxiao memandang ke bawah, dan ternampak simbol tanda tanya yang ditulis oleh anaknya.

"Adakah kamu tanya kenapa saya tidak gembira?" Lu Tingxiao mengangkat keningnya dan berfikir sejenak. Kemudian, dia menjawab dengan perlahan, "Sekiranya satu hari nanti Mak Cik Xiao Xi menjadi kepunyaan orang lain, memanggilnya 'sayang' dan menciumnya selamat pagi, selamat malam, selamat tinggal, makan periuk panas dengan orang lain, dan kamu bukannya sesiapa yang istimewa kepadanya, dan tiada hak bertanya tentang dirinya, adakah kamu akan gembira?"

Ban Kecil tergamam sebentar, sebelum wajahnya hancur, seperti dunia bakal berakhir.

Oleh itu, bapa ini akhirnya berjaya beroleh sedikit keseimbangan.

Si Cilik mula menangis, dan merampas telefon bimbit ayahnya yang jahat untuk mengadu kepada Mak Cik Xiao Xi.

Dia menghantar Ning Xi emotikon menangis: (>﹏<.)~< p>

Ning Xi yang dalam perjalanan ke lapangan terbang, melihat teks itu dan ingatkan Ban Kecil kecewa tidak dapat makan periuk panas dengannya. Dia bergegas menaip kata-kata manis untuk memujuk Ban Kecil: [Aiya, kenapa, sayang? Tak gembira? Jangan sedih. Kalau kamu sedih, Mak Cik pun akan sedih! Hari ini Mak Cik memang sibuk, malam esok kita keluar makan periuk panas, ya? Muah muah! Menyayangi kamu untuk sepuluh ribu tahun! Saya paling suka apabila kamu tersenyum!]

Melihat mesej Ning Xi itu, air mata Si Cilik serta-merta bertukar menjadi senyuman. Dia memberi semula telefon itu kepada ayahnya dengan bangga.

Lu Tingxiao melihat kata-kata manis yang ditulis oleh Ning Xi, "…" dan hatinya seperti dipukul kuat…

Dua jam kemudian, di lapangan terbang Kota Raya B.

Walaupun Ning Xi telah bersedia sebelum tiba, dia masih terkejut dengan suasana di sana.

"Ahhhhhh! Jiang Muye! Jiang Muye! Jiang Muye!"

"Suamiku, lihat ke sini! Suami, Saya cinta pada kamu! Suami, saya nak ada bayi dengan kamu!"

"Muye, Muye, kamu paling kacak! Saya akan sokong kamu selama-lamanya!"

"Muye, Muye, kamu paling hebat! Saya akan melindungi kamu selama-lamanya!"

Kebanyakan mereka di tempat kejadian itu ialah peminat dari golongan wanita muda, dan dia juga ternampak beberapa peminat dari golongan mak cik-mak cik dan beberapa peminat dari golongan lelaki. Mereka semua menjerit dengan sekuat hati mereka. Semua kakitangan keselamatan lapangan terbang telah berkumpul, tetapi mereka juga masih tidak berjaya mengawal situasi tersebut.

"Isteri-isteri kesayanganku, bertenang, okay? Jangan ganggu orang lain! Shhh!"

Dalam khalayak ramai, suara seksi itu kedengaran jelas. Semua peminat terdiam seketika sebelum mula menjerit dengan lebih kuat sehingga hampir pecah bumbung lapangan terbang. Jauh dari bertenang, sebaliknya tempat itu menjadi lebih bingit.

Ning Xi bersembunyi di belakang satu tiang tidak berapa jauh dari situ untuk menyaksikan semua yang berlaku. Kepalanya penuh dengan garisan gelap.

Nampaknya lelaki ini masih menyimpan dendam kepadanya, dia memang mahu membunuh Ning Xi!

Jika dia keluar sekarang untuk berjumpa dengan lelaki itu, bolehkah dia terus hidup sebelum malam ini berakhir?

Nasib baik dia sudah bersiap sedia…

Siguiente capítulo