webnovel

Mawar Merah Merata-rata

Editor: EndlessFantasy Translation

Sesi penggambaran bermula hari ini di lot belakang studio di pinggir bandar.

Babak pertama yang ditangkap ialah jamuan istana, di mana Maharaja sedang menerima kunjungan utusan khas. Putera Ketujuh Chu Beichen dan isterinya Shangguan Yingrong sedang berperang mulut dengan utusan khas. Watak Ning Xi, iaitu Puteri De, hanya watak kecil dalam babak ini. Peranannya hanya sebagai satu perhiasan yang mempersonakan di sebelah Maharaja.

Walaupun untuk watak kecil, namun dia perlu memakai begitu banyak lapisan pakaian tradisional pada hari yang panas itu. Ia memang menyusahkan.

Ia tidak membantu apabila kostum Ning Xi juga sangat rumit. Pakaiannya bukan sahaja yang paling tebal, aksesori kepala sahaja beratnya beberapa kilogram.

Selepas satu tangkapan, dia sudah bermandi peluh dalam kostumnya. Namun tiada siapa pun dapat mengesan.

Pengarah menjerit, "Cut!" Kedua-dua penolong Ning Xueluo meluru kepadanya dengan segera. Seorang itu menghulurkan kipas tangan kepadanya, dan seorang lagi memberikannya sebotol air. Satu tikar penyejuk juga telah diletakkan di atas kerusinya.

Ning Xi tidak mempunyai pembantu, dia juga tidak sempat minum walau seteguk air pun selepas penggambaran. Dia diperlukan dalam babak lain nanti, jadi dia tidak boleh menanggalkan kostum ini. Dia hanya boleh melonggarkan kolar untuk menyejukkan badannya.

Semua orang sibuk memuji lakonan Ning Xueluo, dan pengarah juga memuji prestasinya. Namun, dia berpaling semula kepada kamera untuk melihat semula lakonan Ning Xi.

Walaupun wanita ini tidak perlu berkata apa-apa dan hanya muncul beberapa kali sahaj, riak wajahnya cukup sempurna. Dia kelihatan tidak bersemangat dan bosan, tetapi juga menunjukkan perasaan benci kepada orang di sekelilingnya, kerana dia sedang bersedia untuk memusnahkan negara ini dengan kedua-dua tangannya sendiri.

Bagus, dia tidak perlu bimbang.

Pada masa ini, pembantu pasukan penerbitan, Xiao Li, menjerit dengan gembira, "Cikgu Ning, teman lelaki kamu datang melawat kamu!"

Sudah tentu, 'Cikgu Ning' yang dimaksudkannya adalah Ning Xueluo.

Su Yan yang berpakaian kasual yang menyegarkan berjalan ke arah mereka. Di belakangnya, dia diikuti dua orangnya yang mengangkat kotak besar yang dipenuhi dengan ais krim untuk semua orang.

"Wow! Haagen-Dazs! Terima kasih, Tuan Su!"

"Cikgu Ning sangat diberkati, teman lelakinya datang melawat pada hari pertama!"

"Oh tuhanku! Mereka begitu saling cinta-mencintai!"

"Kenapa mulut kamu semua masih berbuni walaupun sendang makan!" Ning Xueluo merajuk. Dia mengambil beberapa ais krim dan pergi kepada Ning Xi.

"Junior Adik Ning, makanlah sikit!"

"Terima kasih." Ning Xi menerima dengan sopan.

Wanita ini tidak pernah bosan berpura-pura seperti bidadari di hadapan orang lain, terutamanya apabila Su Yan berada di sekitarnya. Ning Xi penat walau sekadar melihatnya. Nasib baik kebolehan dia ialah berlakon, jadi dia tidak kisah mengikut permainannya.

Selepas kembalik ke kerusinya, Ning Xueluo memandang Su Yan. Dia seperti ingin mengatakan sesuatu, tetapi tidak pasti sama ada sesuai dikatakan atau tidak. Akhirnya, dia berkata dengan ragu-ragu, "Abang Yan, saya agak risau dengan Xiao Xi…"

"Kenapa? Kenapa dengan Xiao Xi?" Su Yan bertanya segera.

"Kamu tahu semalam ialah majlis perasmian, bukan? Ayah saya juga turut datang, dan dia ternampak Xiao Xi di sana. Saya tidak tahu apa yang dikatakan olah Xiao Xi yang menyebabkan ayah begitu marah, sehingga dia mahu menggantikan watak Xiao Xi…"

"Kenapa jadi begitu sekali?" Su Yan mengerut dahinya.

"Saya pun tak tahu. Apabila saya mendekati mereka, saya hanya dapat melihat wajah ayah yang marah!"

"Jadi apa yang terjadi? Nampaknya Xiao Xi tidak diganti?" Su Yan memandang ke arah Ning Xi. Walaupun peluhnya mengalir di wajahnya, wanita itu tetap membaca skrip dengan tekun. Wajah kecilnya kelihatan menyedihkan di bawah sinaran matahari, tetapi ia masih menarik perhatian.

Ning Xueluo kelihataan teragak-agak untuk terus bercakap. "Ayah menelefon pasukan penerbitan semalam, dan mereka berjanji untuk menggantikannya dengan orang lain. Namun, pagi tadi, seorang misteri tiba-tiba melaburkan lima puluh juta yuan ke dalam filem ini, dengan satu syarat, watak heroin kedua itu mesti dilakonkan oleh Ning Xi…saya risau yang... "

Wajah Su Yan semakin suram mendengar kata-kata Ning Xueluo, dan akhirnya berkata, "Saya kenal Xiao Xi. Dia tidak akan melakukan perkara seperti itu."

"Abang Yan, kamu terlalu naif. Awak tahu industri hiburan bagaimana? Siapa yang tidak akan berubah setelah memasuki industry ini? Saya bernasib baik kerana saya ada ayah dan kamu untuk menyokong saya. Tapi Ning Xi tidak mempunyai hubungan baik dengan keluarga kami dan enggan menerima apa-apa bantuan. Jangan beritahu saya, kamu tak tahu apa yang berlaku kepada wanita cantik yang tiada kuasa dan pengaruh dalam industri hiburan?"

Wajah Su Yan semakin kosong mendengar kata-kata teman wanitanya. Dia kelihatan hilang dalam fikirannya.

"Ning Xi, ada orang cari kamu!" Pembantu penerbit memanggilnya. Suaranya terdengar amat teruja.

Pada waktu itu, semua orang berpaling untuk melihat.

Kerana ia terlalu mempersonakan.

Mawar merah…

Beratus-ratus mawar merah dibawa masuk dengan perlahan-lahan…

Siguiente capítulo