webnovel

Ning Xi, Hari Kita Masih Panjang

Editor: EndlessFantasy Translation

"Uhuk, uhuk, uhuk…" Ning Xi kalah teruk dengan Lu Tingxiao dan menjawab dengan cepat, "Saya cuma bergurau…itu cuma gurauan…"

Lu Tingxiao ketagih memberikan kunci kerana sekali lagi, dia menghulur satu lagi kunci kepada Ning Xi. "Agak susah untuk mendapat teksi di sini. Jadi susah untuk kamu pergi ke tempat kerja. Awak boleh pandu kereta ini."

Ning Xi, "…"

Kenapa…

Dia hanya akan tinggal buat sementara waktu. Tapi kenapa pula dia rasa dirinya seperti seorang perempuan simpanan?

Tidak, itu tidak betul. Sekiranya dia seorang perempuan simpanan, dia akan disembunyikan di luar. Dia tidak mungkin akan diberikan kunci ke kediaman utama, dan juga tanggung jawab menjaga seorang anak…

Wow, ini rasa seperti baru berkahwin…

Tiba-tiba, dia teringat kali pertama dia bertemu dengan Lu Tingxiao, dan bagaimana dia dengan tiba-tiba bercadang untuk berkahwin dengannya…

Dia ingat dia sudah faham semuanya tentang lelaki. Namun, orang yang berdiri di depannya itu seperti program komputer yang dilengkapi dengan tembok api[1] taraf tinggi yang susah untuk digodam.

Dia tidak tahu sama ada bersetuju dengan permintaan Lu Tingxiao itu kerana simpati akan membawa bencana atau nasib baik…

Keadaan Si Cilik malam itu agak tidak stabil. Jadi, sebagai langkah berjaga-jaga, Ning Xi membuat keputusan untuk tidur di sisinya.

Di tengah malam.

Pintu bilik tidur dibuka dengan lembut.

Seorang lelaki berjalan ke arah Ning Xi dan berlutut di sisi katil.

Di bawah cahaya kuning yang lembut dari lampu sisi katil, wanita yang berbaring di atas katil itu kelihatan seperti dia tertidur sambil menepuk Si Cilik. Nafasnya cetek dan riak wajahnya yang tenang. Bibirnya lembut seperti bunga ceri di musim panas, dan terbuka sedikit seolah-olah memberikannya jemputan yang tidak terucap…

Sejenak kemudian, bayang-bayang gelap lelaki itu menceroboh cahaya samar itu dan merangkak lebih dekat...

Hanya satu hela nafas jarak di antara mereka. Hanya sedikit lagi, dan bibir mereka akan tersentuh. Tetapi dia menghentikan dirinya sebelum meninggalkan satu ciuman yang sejuk pada dahi wanita itu.

Ning Xi, hari kira masih panjang.

Pada keesokan harinya.

Ning Xi ingat mulanya dia tidak dapat tidur di atas katil asing. Namun, dia telah tidur dengan nyenyak sekali, tanpa mimpi.

Ketika dia bangun dari tidur, dia perasan Si Cilik sudah bangun.

Budak kecil itu sedang membaca buku di sisinya dengan serius, langsung tidak mengeluarkan bunyi.

Memang jelas dia seorang anak yang baik. Dia tidak dapat membayangkan bagaimana keadaan ban kecil itu apabila dia mengamuk.

"Sayang, selamat pagi." Ning Xi bangkit dan menyapanya dengan gembira.

Si Cilik mengangkat kepala dari bukunya dengan gembira. Walaupun dia tidak berkata apa-apa dan riak wajahnya juga tidak berubah. Ning Xi dapat melihat betapa gembiranya dia daripada ekspresi yang jelas terpancar dari matanya.

Geli hati, Ning Xi menghulur tangan untuk mengemas rambutnya yang tidak teratur. "Hari ini, Mak Cik tidak perlu bekerja, jadi saya boleh teman kamu!"

Apabila mendengar kata-kata Ning Xi, budak kecil itu kelihatan lebih gembira, hingga tercicir satu tersenyum.

Ning Xi hampir mati dari kecomelan Si Cilik. Dia tidak dapat menahan daripada mencubit pipi kecilnya. "Sayang, senyum lagi. Kamu terlalu comel apabila kamu senyum!"

Selepas mandi, dia turun ke tingkat bawah di mana sarapan pagi telah pun disediakan.

Ning Xi tidak nampak Lu Tingxiao, dan tiada seorang orang gaji jelaskan untuk menunggu ketibaan tuan rumah sebelum mula makan. Jadi, dia menganggap Lu Tingxiao telah pun pergi bekerja.

Selepas sarapan, Ning Xi bimbang dia tidak tahu menjaga budak kecil. Apa akan jadi sekiranya dia tidak menjaga budak ini dengan betul…

Akhirnya, kebimbangan Ning Xi sia-sia.

Satu pagi, dia duduk di sofa sambil membaca skripnya. Manakala Si Cilik duduk di meja di sebelahnya sambil membaca buku atau melukis. Mereka tidak mengganggu satu sama lain, tetapi mereka berkongsi suasana yang harmoni.

Orang gaji rumah itu hanya muncul sekali dalam sepanjang masa itu untuk membawa sedikit 'dim sum' dan buah-buahan. Pergerakan mereka sungguh senyap, seperti takut akan mengganggu tuan muda mereka.

Nampaknya, Si Cilik sangat suka pada suasana yang tenang dan sunyi.

Siguiente capítulo