Setelah mendengar perkataan 'percuma', orang tua itu kelihatan lebih tenang. Akan tetapi, kata-kata Yun Luofeng selepas itu membuat dia terpegun dan kaku di situ…
"Apa kamu kata?" Orang tua itu tidak keruan memandang Yun Luofeng. Ketika ini, dia rasa yang dia ada masalah pendengaran.
Yun Luofeng kata tadi… tukang itu adalah Ketua Sekta Rohani?
Adakah itu Sekta Rohani yang dia kenal?
Yun Luofeng lihat ekspresi terperanjat datuknya lalu mengangkat bahu. "Memang benar apa yang Datuk fikirkan."
Nada bosan gadis muda itu memukul kuat hati datuknya, seperti belantan keras yang memukul sehingga membuat datuknya tidak dapat berfikir dengan baik.
Apoya a tus autores y traductores favoritos en webnovel.com