webnovel

Cendekiawan Nombor Satu Keluarga Yun, Yun Qingya (5)

Editor: EndlessFantasy Translation

Melihat Yun Luo tersentuh dengan apa yang dia katakan, senyuman Yun Luofeng semakin melebar.

"Jika saya mengambil inisiatif untuk memulangkan kuasa ketenteraan, berbanding ia perlu diminta untuk dipulangkan, kesannya tidak sama. Jadi, saya mahu datuk mengambil peluang ini untuk meminta Maharaja anjing itu memberikan datuk pingat emas bebas-kematian! Tambah lagi, bantu saya untuk mendapatkan perintah bertulis! Perintah bertulis yang menyatakan bahawa saya, Yun Luofeng tidak perlu melutut kepada mana-mana ahli Keluarga Diraja. Dalam masa yang sama, putuskan pertunangan saya."

Yun Luo amat terkejut dengan kata-kata Yun Luofeng dan dengan ragu-ragu dia mengatakan, "Mendapatkan pingat emas dan memutuskan pertunangan itu mudah. Tapi datuk rasa mendapatkan perintah bertulis tidak semudah itu."

"Biar betul!" Yun Luofeng tersenyum sinis. Badannya mula mengeluarkan denyutan aura dominan. Wajahnya menunjukkan maruah yang tinggi. "Saya, Yun Luofeng, tidak akan tunduk melutut kepada syurga, apa yang memberikan Maharaja anjing dan keturunannya itu hak untuk membuat saya melutut kepada mereka!"

Kepada syurga sekalipun, dia tidak akan melutut!

Sikap angkuh dan sombong jenis apakah ini sehingga dia mampu berkata begitu?

Yun Luo dan anaknya terpegun sejenak, ini kali pertama mereka melihat Yun Luofeng seperti itu dan mereka langsung tidak dapat berkata apa-apa.

"Hahaha!" Yun Luo mula ketawa dengan sangat kuat. Ketawanya menggambarkan kegembiraan dan bergema di seluruh bilik batu itu. "Bagus, memang layak menjadi cucu kepada Yun Luo. Cucu datuk memang seharusnya bersifat seperti ini! Jangan risau, hal ini pasti akan datuk uruskan untuk kamu! Bukankah Maharaja telah menghadiahkan datuk kertas perintah yang kosong? Kali ini, datuk akan menggunakannya dan membincangkan perkara ini untuk kamu!"

Yun Luofeng mahukan perintah bertulis itu. Cara apa Yun Luo gunakan untuk mendapatkannya, dia tidak perlu ambil tahu.

"Datuk ada duit?"

Yun Luofeng bertanya sambil memandang orang tua yang sedang ketawa sepenuh hati itu.

Keutamaannya sekarang, meningkatkan lagi kekuatannya, hanya dengan kuasa yang kuat, dia boleh bertahan di benua ini.

"Kamu mahu buat apa dengan duit?"

Mungkin kerana angin Yun Luo baik, suaranya juga dipenuhi tawa. "Jika kamu ada apa-apa yang perlu dibeli, datuk akan dapatkan orang untuk menemani kamu."

"Oh, begini," Yun Luofeng menggosok hidungnya. "Saya perlu menggunakan tumbuhan perubatan yang banyak untuk pelajaran saya, jadi saya ingin menggunakan sedikit duit Keluarga Yun."

"Haha," mendengarkan kata-kata itu, angin Yun Luo bertambah baik. Wajahnya dipenuhi kegembiraan ketika dia berkata, "Ini kunci untuk Bilik Simpanan Harta Keluarga Yun. Pergi ke sana kalau kamu perlukan duit. Seberapa banyak yang ada, sebanyak itu kamu boleh gunakan. Kalau kamu habiskan semuanya pun, tidak ada masalah."

Yun Luo membaling segugus kunci kepada Yun Luofeng.

Yun Luofeng mengambil kunci-kunci itu, dahinya berkerut, lalu bergurau, "Begitu pemurah? Saya bebas mengambil semua duit dalam simpanan itu? Sejak bila datuk menjadi murah hati? Saya sangka datuk akan halau saya."

Kata-kata perempuan itu jelas sekali berniat memuji. Sesiapa pun yang mendengar pasti tahu dia hanya bergurau. Tetapi, Yun Luo tidak tahan lalu menendang punggung Yun Luofeng, dengan marah dia ketawa, "Budak kecil ini, budak durjana ini, berani mempersendakan orang tua ini! Kalau kamu berani, jangan lari. Orang tua ini akan menendang punggung kamu sampai nama keluarga kita jadi sama!"

Selepas mendengar kata-kata orang tua itu, Yun Luofeng terhuyung-hayang dan dia hampir jatuh ke tanah. Tapi dia masih menggosok-gosok punggungnya yang sakit akibat tendangan Yun Luo lalu berlari keluar tanpa menoleh ke belakang.

Melihat wajah ayahnya yang marah, mulut Yun Qingya bergerak-gerak sedikit, dia ingin mengingatkan orang tua itu yang mereka berdua memang mempunyai nama keluarga yang sama.

Namun, menegur orang tua itu sekarang ibarat mencari masalah, oleh itu, Yun Qingya dengan bijaknya hanya mendiamkan diri.

Siguiente capítulo