Walau bagaimanapun, Qi Long, Luo Lang dan yang lain pada ketika itu tidak nampak menyedari sebarang petunjuk. Mereka nampak bos mereka berdiri dengan tenang di tengah-tengah tempat latihan. Sebelum dia dapat berdiri teguh, mereka semua teruja untuk menyerangnya...kalau mereka tunggu sehingga dia bersedia, peluang untuk mereka menang akan menjadi kosong kerana bos tersangat kuat.
"Bos, terima tumbukan saya ni!" Luo Lang orang pertama yang menerkam Ling Lan. Tumbukan kuatnya melayang kejam ke arah Ling Lan sambil dia menjerit.
Ling Lan tidak menzahirkan apa-apa emosi. Dia mengangkat tangan kanannya, memusingkan badan untuk membalas serangan dan dengan tepat menolak Luo Lang ke belakang.
Tetapi sebelum dia sempat menarik nafas, serangan mereka yang lain pun sampai...
"Bam, bam, bam!" Selepas kedenaran bunyi pertembungan tumbukan yang bertubi-tubi, seorang demi seorang terpelanting dengan serangan balas Ling Lan.
Apoya a tus autores y traductores favoritos en webnovel.com