Mustahil! Ini adalah realiti dan bukan permainan video yang mana seseorang dengan mudahnya boleh membeli barangan untuk menang dan terus naik tahap. Ini adalah dunia pertapaan... bagaimana mudah sangat meningkat alam?
"Sekarang ini, di mana awak bertiga rancang untuk pergi sebelum bertembung dengan saya?" Song Shuhang yang ada di depan mereka pula bertanya kali ini.
Guoguo terbatuk dan berkata, "Abang Senior Shuhang, boleh ke kami tidak jawab soalan ini?"
"Hehe, kalau awak mahu saya sebat awak sampai terbuang air besar merata-rata... sudah tentu boleh." Song Shuhang menyengetkan kepalanya dan tersenyum lembut, "Guoguo, saya perlu ingatkan awak tentang sesuatu. Saya sekarang ini berada di Alam Meridian Bulan Mendung Tahap Tiga. Oleh itu, awak boleh lupakan untuk larikan diri!"
Sami kecil itu membuka matanya dengan luas. Song Shuhang telah pun meningkat ke alam Tahap Tiga! Ini sama seperti menipu!
Apoya a tus autores y traductores favoritos en webnovel.com