Selepas tiba di tingkat atas, walaupun belum sempat masuk, Song Shuhang dapat mendengar Mama Song memarahi bapanya dan yang lain.
Zhao Yaya ketawa dan mengetuk pintu.
Alice yang bergaya membuka pintu.
"Dah sampai juga ya." Alice tersenyum. Dia meregangkan tangannya dan dengan senyap-senyap menunjuk ke ruang tamu.
Pada masa ini, di ruang tamu.
Papa Song, Si Tua Lu dan Lu Tianyou duduk bersebelahan di atas sofa. Badan mereka mengecil seperti burung puyuh.
Mama Song berdiri dan bercakap dari kedudukannya yang tinggi, "Apa pendapat awak, anak-anak? Memandu semasa mabuk? Awak mahu mencari nahaskah?"
Blahblahblahblah... Mulut Mama Song bergerak laju seperti mesingan dan tidak memberikan tanda yang dia akan berhenti.
"Makcik, minumlah teh ini." Si Kecil Maisui menghulurkan secawan teh kepada Mama Song untuk membiarkan dia membasahkan tekaknya.
Gadis ini memang suka mencari masalah.
Apoya a tus autores y traductores favoritos en webnovel.com