Song Shuhang pergi ke ruang istirehat untuk mencari Zhao Yaya.
Di depan pintu, dia bertemu dengan seorang doktor wanita yang bercermin mata. Dia baru menghabiskan syifnya dan bercadang untuk berehat di sana. Melihat Song Shuhang, dia menyambutnya dengan senyuman, "Hi, Pelajar Shuhang."
"Helo, Dr. Li." Song Shuhang tersenyum malu. Dia malu kerana dia berasa tertekan apabila dipandang oleh Doktor Li.
Dalam ruang istirehat, Zhao Yaya telah mengemaskan barang-barangnya. Melihat Shuhang masuk ke dalam, dia tersenyum dan berkata, "Shuhang, awak dah sampai."
Melihat senyuman di wajahnya, Song Shuhang seakan serba-salah - adakah Zhao Yaya telah menyaksikan video seorang pak cik menumbangkan lelaki muda dengan satu tumbukan?
"Pukul berapa perjalanan kereta api nanti?" dia cepat menukar topik, sebab tidak ingin menunggu sehingga Zhao Yaya menanyakan dia tentang hantaran video itu.
Apoya a tus autores y traductores favoritos en webnovel.com