Di dalam istana diraja…
Chu Tianxing yang terduduk di belakang sebuah meja sambil merenung tajam seorang lelaki berjubah hitam sebelum bertanya tenang, "Bagaimana? Dia sudah menyerah ke?"
Lelaki berjubah hitam itu mengepal penumbuknya dan melaporkan, "Tuanku, walaupun dia muda lagi, tapi dia mempunyai pendirian yang agak tetap. Saudara-saudara kita sudah cuba menggunakan pelbagai jenis penderaan untuk membuka mulutnya, tapi dia bagaikan orang bisu, langsung tak nak bercakap!"
"Tetap pendirian? Hah! Beta pernah tengok ramai orang yang tetap pendirian sebelum ini, tapi apabila menghadap beta, segala pendirian mereka hancur berderai!" Chu Tianxing menyeringai dingin.
"Itu benar… tapi Tuanku, apa yang Tuanku ingin dapatkan daripada dia?" Lelaki berjubah hitam itu bertanya sangsi.
Apoya a tus autores y traductores favoritos en webnovel.com