Di hadapan mata Zhang Xuan terdapat sebuah altar gergasi yang dijana oleh sebuah formasi dari bawah, terapung sunyi di udara dan barangkali kerana tidak diaktifkan, altar tersebut nampak seperti sudah bergabung dengan kegelapan bumi. Altar itu diselubungi aura kuno yang terasa seolah-olah sudah merentasi zaman dan abad.
Altar ini… memang mirip dengan altar yang aku dapat daripada Raja Daun Merah. Mungkinkah altar ini kepunyaan Bangsa Iblis Dunia Luar? Wajah Zhang Xuan berubah kelam.
Altar ini benar-benar mirip dengan altar yang telah dirampasnya daripada Raja Daun Merah sebelum ini, cuma altar di hadapannya ini tampak jauh lebih besar. Dengan satu imbasan, jelas sekali altar ini milik Bangsa Iblis Dunia Luar.
Apoya a tus autores y traductores favoritos en webnovel.com