"Apa?"
"Ini… Macam mana ini boleh terjadi?"
Wajah semua orang penuh rasa terperanjat.
Wanita berpunggung besar itu sendiri jatuh terduduk ke lantai kerana terperanjat.
Idola yang dia kagumi selama ini… gagal menghadapi tempikan lelaki itu sehingga jatuh melutut tanpa ada tentangan langsung. Apa yang sedang terjadi ini?
Dalam sekelip mata, kepercayaan yang selama ini dia pegang tiba-tiba punah.
"Tak, ini mustahil…"
Sementara semua orang memerhatikan situasi itu dengan mulut yang ternganga, urat di dahi Zhang Jiuxiao pula timbul apabila mindanya mula diselubungi rasa cemas.
Dia merupakan seorang genius!
Seorang genius yang tiada tandingannya dalam Empayar Qingyuan!
Bagaimana dia boleh ditundukkan dengan hanya satu tempikan? Bagaimana dia boleh melutut di hadapan orang lain dengan cara yang begitu memalukan sekali?
Apoya a tus autores y traductores favoritos en webnovel.com