Jika saya ingin menjinakkan Orb Unsur Kilat itu, saya harus menggunakan zhenqi saya untuk menyuburkannya terlebih dahulu. Selepas membaca butiran-butiran mengenai orb tersebut di dalam Perpustakaan Jalan Syurga, Zhang Xuan telah memperoleh pemahaman yang mendalam mengenai segala kekuatan dan kelemahannya.
Untuk menjinakkan secara paksaan memang bukan satu penyelesaian yang boleh dilakukan, terutama sekali melihatkan kepada batasan kekuatan terkininya. Jadi, dia hanya boleh menyuburkannya secara perlahan-lahan, sama seperti yang dilakukan oleh Raja Daun Batu sebelum ini.
Zhang Xuan menaikkan tangannya dan mula menghantar lonjakan-lonjakan zhenqi daripada telapak tangannya ke arah Orb Unsur Kilat itu dari jauh.
Weng!
Selepas merasakan yang adanya zhenqi yang cuba menceroboh ke dalam wilayahnya, orb itu mula berputar sambil mengeluarkan cahaya biru yang pekat. Seketika kemudian, panahan-panahan kilat yang tidak henti-henti jatuh dari udara.
Apoya a tus autores y traductores favoritos en webnovel.com