Hong long long!
Sebaik sahaja Yu Shenqing meninggalkan tempat itu, zhenqi yang sedang menampung seluruh bangunan tersebut daripada runtuh telah hilang dan bangunan tersebut telah runtuh sepenuhnya. Cebisan batu berterbangan merata tempat sambil habuk meninggi ke udara.
Para pemuda di situ telah bergegas keluar dari bilik tersebut. Apabila melihat runtuhan di sebelah mereka dan maharaja yang sedang mengejar seseorang sambil berteriak "Salah faham!", mereka semua berasa bingung sahaja.
"Apa yang telah berlaku… kepada Tuanku?" Liu Quan bertanya dengan nada bingung.
Baru sebentar tadi sahaja dia telah mengarah dengan tegas untuk orang itu meninggalkan istana dan untuk tidak pulang lagi, tetapi dalam sekelip mata sahaja, dia sekarang sedang mengejar orang itu sambil mengatakan semuanya cuma salah faham sahaja…
Boleh ke orang bertukar fikiran secepat itu?
"Mana mungkin saya tahu?" Shen Jun juga bingung melihat pertukaran telatah maharaja tersebut.
Apoya a tus autores y traductores favoritos en webnovel.com