webnovel

Kali pertama Zhang Xuan melihat begitu ramai guru sarjana adalah sewaktu di Bandar Beribu Empayar. Namun, meskipun begitu, jumlahnya hanya sekitar lebih kurang seribu. Namun, hanya peperiksaan kemasukan Akademi Guru Sarjana sahaja pun sudah melibatkan tiga puluh ribu orang guru sarjana 4-bintang puncak dan separa 5-bintang.

Hanya dengan memikirkannya sahaja pun sudah cukup menakutkan.

Namun, walaupun demikian, melihatkan kepada keadaan-keadaan di sekitar Akademi Guru Sarjana Hongyuan, ini memang boleh difahami.

Inilah satu-satunya Akademi Guru Sarjana di rantau ini. Ia menerima para pelajar yang bukan sahaja daripada Empayar Hongyuan tetapi daripada Empayar-empayar Peringkat 1 juga.

Jika mengambil kira lebih kurang sedozen Empayar Peringkat 1 dan mazhab yang tidak terhitung jumlah serta Pavilion Guru Sarjana yang mereka ada di rantau masing-masing, sudah tentu adanya sebegitu ramai guru sarjana yang berbakat ini.

Capítulo Bloqueado

Apoya a tus autores y traductores favoritos en webnovel.com

Siguiente capítulo