"Minumnya?" Wu Zhen terkejut. "Bukan ke arak perubatan patut diaplikasikan terus pada tempat luka?"
Semalam, apabila tangan Bi shi ditikam, kecederaannya telah dirawat dengan hanya mengaplikasikan arak perubatan itu dari luaran. Memandangkan itu kesnya, kenapa dia perlu minum arak perubatan itu pula?
"Cara pengaplikasian ubat ini akan berbeza mengikut jenis kecederaan. Jika kamu memilih cara salah, bukan sahaja ia tak akan berkesan, malah ia akan mengeruhkan lagi kecederaan kamu." Zhang Xuan menerangkannya dengan santai.
Memandangkan tidak banyak arak perubatan itu yang tinggal dalam botol tersebut, Zhang Xuan telah memutuskan untuk sambung sahaja dengan ceritanya itu. Tidak kira apapun, apabila tiba masanya orang ini menyedari ada benda yang tidak betul, ubat perubatan tersebut sudah habis dan dia tidak akan dapat menyiasat apa-apapun.
"Ada ke benda sebegini?"
Wu Zhen dipenuhi perasaan tidak percaya.
Apoya a tus autores y traductores favoritos en webnovel.com