Kumpulan sebelum ini sekurang-kurangnya masih sedikit takut dengannya lalu mereka berundur sebaik sahaja mendengar dia mula naik marah. Namun, daripada apa yang dia lihat sekarang, mereka berniat untuk menghabiskan apa yang mereka telah putuskan untuk buat kali ini.
Apa yang mungkin telah berlaku untuk kumpulan orang ini sehingga tidak menghiraukan identiti tuan muda sebagai seorang guru sarjana 4 bintang?
"Apa kamu sedang buat? Berhenti berlakon bodoh boleh tak!"
Ketua Mazhab Luo Huang menyindir dengan dingin. "Di mana Zhang shi? Suruh dia keluar sekarang juga, jika tak, jangan salahkan kami jika kami berkasar nanti!"
Bulu kening Ketua Mazhab Bai meninggi sambil dia menunjukkan muka tidak puasnya.
Apoya a tus autores y traductores favoritos en webnovel.com