webnovel

Biro Pendidikan Menukar Keputusan?

Editor: EndlessFantasy Translation

"Ini…"

Mendengar raungan dari belakang mereka, Tetua Mo dan Huang Yu sekali lagi berpaling melihat Zhang Xuan.

Jika apa dikatakan dia betul, Persatuan Guru perlu menyiasat dakwaan ini!

Jika keputusan daripada siasatan itu didapati benar, kemungkinan besar Zhang Xuan akan dilucutkan lesen perguruannya!

"Nampaknya saya telah memandang rendah mereka. Mereka ini berkemampuan memanipulasikan peraturan untuk manfaat mereka!"

Dia tidak menjangkakan selepas melalui semua kejutan tersebut, mereka akan masih mampu menyerang balik. Zhang Xuan berkerut.

Ia seakan, tidak kira dunia mana dia berada, sesetengah perkara tidak akan berubah. Jika seorang yang keji mula mengambil kesempatan atas seseorang, dia akan sambung sehingga ke akhir hayatnya.

Sebenarnya, masalah yang ditinggalkan oleh Zhang Xuan yang lepas sangat menyusahkan hidupnya.

Jika akademi ini tidak mengungkitnya, dia tentu akan selamat dan dapat mengajar tanpa halangan. Tetapi, jika tidak, jika mereka melaporkan perkara tersebut kepada Persatuan Guru, dia akan berdepan dengan kemungkinan lesen perguruannya dilucutkan.

Jika lesen perguruannya dilucutkan, situasinya tidak akan jauh berbeza dengan Cao Xiong!

Oleh itu, tidak kira apapun yang terjadi, dia tidak boleh benarkan mereka menang!

Namun, ia masih tidak mengubah takdir dia mendapat kosong markah dalam Peperiksaan Kelayakan Guru dan sememangnnya dia telah mengajar anak muridnya sehingga pertapaannya hilang kawalan. Oleh kerana kesemua ini kesalahan dirinya yang lepas, dia tidak dapat berbuat apa-apa pun untuk menyelesaikannya walaupun sekiranya dia mahu mengubahnya…

Oleh itu, boleh dikatakan masalah yang diwarisinya berpotensi menjadi kelemahannya. Walaupun dia mampu mengajar pelajar menjadi hebat melalui Perpustakaan Jalan Syurga sehingga ke hari ini, dia tetap akan mendapati ia susah untuk menjadi Guru Sarjana dan mendapat kepercayaan orang lain.

Dia mesti mencari jalan untuk menyelesaikan masalah ini!

Kelahiran semulanya ialah sesuatu dia tidak berkuasa ke atas, dia tidak dapat memilih mana dia akan dilahirkan semula. Namun demikian, jika bukan kerana kegagalan Zhang Xuan yang lepas, dia tidak akan berkesempatan untuk dilahirkan semula juga!

Adakah dia boleh berdiam diri dan menunggu sahaja sambil mereka melaporkan kegagalannya silamnya kepada Persatuan Guru untuk melucutkan lesen perguruannya?

Tentunya tidak!

"Un? Takkan saya tidak mampu mencari alasan kepada kekuatan saya tiba-tiba meningkat dengan mendadak? Hmmm… kebetulan juga, mungkin saya boleh menggunakan alasan ini…"

Sejurus sahaja selepas fikirannya mula bercelaru tentang apa patut dikatakannya, dia teringat sesuatu dan sesebuah idea hebat terjelma dalam mindanya. Melihat Shang Chen dan Shang Bin semula, dia tersenyum sinis, "Memandangkan kamu berdua tidak ingin memberi peluang kepada saya langsung, saya akan meminta maaf dahulu…"

"Zhang Xuan, adakah kamu terlalu gembira? Mari kita lihat berapa lama lagi kamu boleh sambung kegembiraan selepas dipanggil oleh Persatuan Guru…" Apabila perasan keraguan Tetua Mo dan Huang Yu, Shang Bin ketawa dalam kepuasan.

Namun, sebelum sempat dia dapat habiskan ketawanya, dia ternampak telatah Zhang Xuan. Tangannya di belakang dia berulang alik dengan muka seakan sedang memikirkan sesuatu seakan dia dalam sesebuah dilema.

Nampaknya ada sesuatu di dalam fikirannya dan dia sedang mempertimbangkan sama ada ingin memberitahu ataupun tidak.

"Kenapa? Kamu mahu merayu untuk belas kasihan?" Melihat Zhang Xuan berkelakuan demikian, Shang Bin dipenuhi rasa puas. "Namun….sudah terlalu lambat!"

"Merayu untuk belas kasihan?" Zhang Xuan menggeleng kepalanya. "Entah kamu berfikir tentang apa. Saya cuma mempertimbangkan… sama ada saya patut bercakap tentangnya ataupun tidak?"

"Haih!"

Pada saat ini, dia mengeluh. Kekecewaan dan kepiluan hatinya boleh kedengaran daripada keluhan tersebut.

Daripada mukanya, ia jelas dia sedang mempertimbangkan sesuatu yang membebankan sehingga dia merasai kepiluan mendalam.

"Cakap tentangnya? Cakap tentang apa?"

Tidak tahu apa niatnya, Shang Bin hanya mampu berkerut.

"Lupakan sahaja, jika demikian…"

Tanpa mempedulikan perkataannya, Zhang Xuan menggeleng kepalanya. Dengan muka kasihan, dia meragui untuk seketika sebelum berkata, "Asalnya, selaku rakan sekerja dan pekerja akademi ini, untuk menjaga maruah akademi ini, tidak kira apa yang telah kamu buat terhadap saya, saya tetap patut ingat tentang matlamat besar dan biarkan sahaja perkara ini berlalu. Tetapi sekarang…"

Pada saat ini, tangannya terletak ke belakang dan matanya memandang langit seakan dipenuhi kesakitan.

"Hm? Apa maksud kamu?"

Melihat dia mengeluh dan menggeleng kepalanya, perhatian semua orang tertumpu padanya. Shang Bin dan Shang Chen menukar pandangan kerana tidak tahu apa yang dimaksudkannya.

Hentikan lakonan kamu!

Kamu akan dipecat bila-bila masa sahaja. Fakta tersebut tidak akan bertukar tidak kira betapa hebat lakonan kamu itu!

"Saya rasa dia ini sedang mengarut untuk menukar topik perbincangan! Jangan tertipu dengannya!" Shang Bin berteriak.

Mendapat kosong dalam Peperiksaan Kelayakan Guru dan mengajar anak murid sehingga hilang kawalan dalam pertapaannya merupakan fakta semua di akademi ini tahu… Tidak kira apapun, mustahil untuknya membersihkan namanya daripada kesalahan silamnya ini.

Jadi apa jika kamu pandai bercakap?

Kamu tetap tidak akan dapat menukar fakta!

Jika kamu cuba menafikannya pun, kelakuan kamu terpateri dalam arkib kita. Mari kita lihat bagaimana kamu menjelaskan cerita kamu nanti.

"Sarjana Zhang, adakah ada sesuatu bermain dalam minda kamu? Tetua Mo dan saya di sini, jangan malu dan cakap sahaja!" Huang Yu bercakap.

"Baiklah!" Zhang Xuan melihatnya dengan penuh pujian lalu mengangguk kepalanya.

Selepas berlakon untuk seketika itu, dia hanya menunggu beberapa patah kata tersebut. Sekarang, memandangkan dia telah bertanyakan soalan tersebut, dia boleh menyambung ceritanya.

"Sebenarnya, saya tidak mahu mendedahkan ini…"

Zhang Xuan menggeleng kepalanya dengan ekspresi suram dan sedih terpapar di mukanya. Mengambil dua langkah ke hadapan ke arah Tiang Batu Pengukur Kuasa yang berada di pertengahan bilik tersebut. Dia mencengkam penumbuknya dan menghantarnya terus ke arah tiang tersebut.

Weng!

Cahaya mula berkelip dan sebaris nombor mula menjelma di atasnya!

55 ding!

Dia hanya menggunakan separuh tenaganya, tetapi selepas bertapa semula 3-dan pertamanya, zhenqi dalam badannya telah menjadi lebih jernih, menyebabkan kekuatan 49 ding semalam untuk meningkat dengan sedikit.

"55 ding?"

"Alam Pixue Puncak?"

"Jika dia mempunyai kekuatan seorang Alam Pixue Puncak, kenapa… kenapa dalam keputusan peperiksaan lepas, kekuatannya hanya alam Zhenqi?"

Walaupun selepas mendengar daripada wangye muda Bai yang Zhang Xuan jauh lebih kuat daripadanya dan hadirin hadiran sekalian telah bersedia untuk mengetahui kekuatan sebenar Zhang Xuan, mereka tetap terkejut apabila melihat kekuatan di sebalik penumbuknya! Cungapan boleh didengari bergema dalam bilik tersebut dan mulut semua terbuka besar sehingga seakan ingin terjatuh ke lantai.

Peninju 6-Dan alam Pixue, untuk setiap titik akupoin mereka dibuka, kekuatan mereka akan meningkat sebanyak 1 ding. Kebanyakan orang hanya akan membuka 30 ke 40 titik akupoin dalam hidup mereka. Untuk seorang di tahap alam Pixue puncak pun, kekuatan mereka mungkin tidak sebanyak 55 ding!

Untuk mempunyai kekuatan sebegitu dengan hanya satu tumbukan, jelas kepada semua… dia telah mencapai alam Pixue puncak!

Namun… ujian yang diambilnya dahulu jelas menunjukkan dia hanya mempunyai kekuatan Peninju 3-Dan alam Zhenqi tahap puncak. Untuk kekuatannya meningkat dengan begitu mendadak dalam jangka masa pendek ini…

Ini mustahil!

Ini tidak pernah didengari, orang terhebat dalam sejarah empayar ini pun tidak dapat melakukannya!

Dengan penuh kebingungan, mereka semua melihat Zhang Xuan menunggu penjelasan.

"Semasa ujian tersebut, saya hanya berada pada tahap alam Zhenqi. Mesti semua orang ingin tahu bagaimana saya mencapai seorang pakar alam Pixue tiba tiba !"

Selepas melihat reaksi semua orang, Zhang Xuan menjelaskan dengan perlahan. "Sebenarnya… pertapaan saya tidak meningkat dengan mendadak pun! Seperti semua orang, saya berlatih mengikut kaedah biasa! Walaupun kekuatan saya tidak mencapai 50 ding sebelum ujian tersebut, saya tidak jauh daripada tahap tersebut!"

"Kamu sudah mempunyai kekuatan tersebut sebelum mengambil peperiksaan? Tidak, itu tidak mungkin betul. Sebelum ini, semasa Peperiksaan Kelayakan Guru, tahap pertapaan kamu telah dinilai …"

Di tengah perkataannya, ketua suku Wang Hong tiba-tiba berhenti. Dia terfikir sesuatu sebelum menyambung, "Peperiksaan Kelayakan Guru Akademi Hongtian dijalankan di bawah kondisi swasta, sebab itu, keputusan mereka akan diumumkan oleh Biro Pendidikan! Ini bermaksud… keputusan peperiksaan kamu tentang tahap pertapaan kamu yang diumumkan oleh Biro Pendidikan itu tidak benar…"

Mendengar pendapat ketua suku Wang Hong, semua di situ menyedari sesuatu.

Tidak kira keputusan Peperiksaan Kelayakan Guru ataupun tahap pertapaannya, mereka semua dinilai dan diumumkan oleh Biro Pendidikan. Semasa ujian tersebut, selain mereka, tidak ada orang lagi di situ.

Maksudnya… terdapat kemungkinan besar Biro Pendidikan telah menukar keputusan!

Siguiente capítulo