webnovel

Saya Mahu Pilih Satu

Editor: EndlessFantasy Translation

"Apa dia cakap?"

"Orang ini berani menghina Sarjana Mo Yang?"

"Tuan Sarjana menolong dia menilai harta karun atas budi baiknya, namun dia tuduh tuan sarjana cuba menipu dia?"

"Angkuh betul budak ini!"

Selepas mendengar tuduhan Zhang Xuan, orang ramai bingung untuk seketika sebelum keadaan menjadi huru-hara.

"Orang ini kurang siuman ke?"

Sarjana tersebut telah bersusah payah memilih harta karun untuk dia namun dia menuduh dia...penipu, berlagak hebat?

"Apa kamu cakap?" Jelas dia tidak menjangka balasan sebegini. Muka 'Sarjana Mo Yang' menjadi gelap. "kawan, adakah kamu mempunyai sebarang salah fahaman dengan saya?"

"Salah faham? Kamu patut lebih peka tentangnya. Kalau kamu mahu menipu orang, dipersilakan. Itu bukan urusan saya, saya tidak berminat mencelah urusan kamu! Saya akan pilih artifak saya sendiri sambil kamu sambung menipu mangsa kamu. Jadi tolonglah jangan berlagak hebat sangat di dengan saya ini!"

Zhang Xuan melambaikan tangannya dengan muka marah.

Dia tidak pernah berpandangan baik terhadap penipu. Namun, selagi mereka tidak menggganggunya, dia akan sanggup melupakan sahaja hal tersebut. Tetapi, orang ini berniat untuk menggunakan dia untuk berlagak hebat, dia ini betul betul mencari mati!

"Berani kamu!" Muka Sarjana Mo Yang pucat sambil melambaikan tangannya, aksinya seakan dia telah difitnah. "Saya telah mendapat kelayakan selaku seorang penilai barangan 30 tahun dahulu, dan saya telah menolong ramai orang dalam kesusahan. Saya langsung tidak berdosa. Tidak ada seorang pun pernah tuduh saya menipu mereka. Semua di sini boleh menjadi bukti, adakah saya pernah menipu kalian?

"Sarjana Mo Yang baik hati dan menolong sesiapa sahaja dalam kesusahan. Bagaimana mungkin dia seorang penipu!"

"Penipu itu ialah si penuduh! Mesti dia sudah tidak mahu hidup lagi!"

"Tuan sarjana, jangan marah. Saya akan memberi pengajaran kepada bebal ini supaya tidak menipu lagi pada masa hadapan…."

...

Dengan hanya beberapa perkataan, dia telah membuat semua di situ naik marah terhadapnya. Semua orang menjeling Zhang Xuan seakan dia telah membunuh keluarga mereka.

"Mendapat kelayakan sebagai seorang penilai barangan 30 tahun dahulu? Tidak berdosa?"

Zhang Xuan terpegun.

Kamu hanya seorang pelatih penilai barangan, perlukah kamu menipu sampai begini sekadar mahu berlagak hebat? Memang tidak tahu mahu.

Tidak hairan kamu menjadi seorang penipu yang dikehendaki oleh Empayar LiuZhu. Bukan sahaja kamu tidak tahu malu, kebolehan kamu untuk menipu secara spontan mengikut situasi sangat hebat.

Jika penipu lain, dalam keadaaan sebegini mereka tentunya sudah mula cemas. Namun, orang ini memutarkan balik masalah ini kepada Zhang Xuan.

Jika Zhang Xuan tidak mempunyai Perpustakaan Jalan Syurga, selepas melihat betapa tekadnya dia bercakap, Zhang Xuan sendiri akan ingat dia telah membuat sesebuah kesilapan. Namun, dengan perpustakaan ini di tangannya, memandang catatkan dia seorang penipu, tidak syak dia seorang penipu!

"Semua, harap bertenang!" Melihat semua orang ramai marah dan berpihak kepada dia, 'Sarjana Mo Yang' melambaikan tangannya dan berkata, "Saya ini seorang pemaaf. Kalau kamu meminta maaf, saya akan melupakan sahaja perkara ini berlaku. Kalau tidak, kamu sendiri patut sedar terhadap hukuman yang menanti kamu selaku dengan sengaja menghina saya!"

"Hukuman!" Zhang Xuan menggeleng kepalanya. "Bukan susah untuk kita mengenal pasti kamu ini penipu ataupun tidak. Selagi mereka membersihkan kekotoran di luar artifak yang mereka baru beli, kita akan tahu keputusannya dengan serta merta! Apa guna merepek sebegini membuang masa?"

"Membersihkannya?" 'Sarjana Mo Yang' nampaknya telah mengetahui dia akan berkata demikian. Dia membalas dengan tenang, "Saya telah berkata tadi, saya akan meninggalkan Bandar Tianxuan malam esok. Artifak yang telah saya menilai semuanya besar dan akan mengambil sekurang-kurangnya setengah hari untuk dibersihkan, Saya ada hal mustahak, oleh itu saya tidak dapat menangguh perjalanan saya! Kamu ingin katakan saya tidak sanggup tinggal di sini berlanjutan kerana saya berasa bersalah ke?"

Pada saat ini, 'Sarjana Mo Yang' melambaikan tangannya dengan ekspresi bangga. "Saya, Mo Yang telah hidup kehidupan yang telus, saya tidak ada sebab untuk takut terhadap tuduhan kamu! Namun, saya telah menolong kamu memilih artifak atas budi baik saya hanya untuk dituduh menipu kamu. Memandang kamu tidak ada bukti nyata, ini fitnah. Kamu tahu apakah hukuman untuk memfitnah seorang pakar penilai barangan?"

Mendengar perkataannya, Zhang Xuan sedar sarjana ini memang tidak tahu malu.

Seperti jangkaannya terhadap seorang penipu pakar, dia sudah tahu apa yang perlu dibuat jika situasi bertukar menjadi buruk.

Dia telah dengan jelas mengatakan dia akan meninggalkan Empayar Tianxuan malam ini dan dengan itu membuka jalan untuk melepaskan diri sendiri . Sebelum sempat Zhang Xuan bercakap, dia telah dihentam dengan balasan. Sekarang, jika Zhang Xuan cakap dia takut untuk tunggu sehingga artifak tersebut dibersihkan pun, tidak ada orang akan percaya dia!

Lebih-lebih lagi…. Zhang Xuan tidak mempunyai bukti dia seorang penipu!

Rahsia Perpustakaan Jalan Syurga tidak boleh didedahkan. Tetapi, walaupun ia didedahkan, tidak ada seorang di sini yang akan percayanya pun!

"Oi budak! Melutut dan meminta maaf daripada tuan sarjana sekarang!"

"Untuk berani menuduh tuan sarjana sebagai seorang penipu, kamu ingat saya tak berani bunuh kamu sekarang juga?"

"Dari mana sebegini datang, untuk berani menghina kemuliaan tuan sarjana sebegini?"

….

Selepas melihat betapa mulia 'sarjana' ini, ramai memilih untuk percaya dia dengan serta merta dan mula menghulurkan tuduhan terhadap Zhang Xuan.

Nampaknya semua orang di sini terlalu marah terhadapnya.

Mereka yang telah ditipu tidak ingin percaya kerana enggan menerima hakikat mereka telah ditipu. Tidak kira siapa pun, jika seorang mengatakan semua perkara baik yang telah berlaku dalam hidupnya hanya mimpi, sudah tentu mereka akan menyangkalnya dengan sekeras-kerasnya.

Dari pendapat mereka, 'Sarjana Mo Yang' seorang yang baik dan mulia. Bagaimana mungkin dia seorang penipu?

Siapa akan percaya lawak bodoh sebegini!

"Memandang dia berani menuduh tuan sarjana sebagai penipu, mesti dia sendiri mempunyai kebolehan untuk menilai barangan kan? Kalau kamu betul-betul berkemampuan, kenapa kamu tidak memilih satu artifak untuk kami lihat? Kalau apa dipiliih kamu sampah, baik kamu berhenti berlagak dan berambus dari sini!"

Seorang dari khalayak ramai berteriak.

"Memang, memandangkan kamu cakap saya seorang penipu dan tidak sanggup menerima artifak yang telah dinilai oleh saya, mesti kamu sendiri pandai dalam menilai barangan kan!"

Pada saat ini, 'Sarjana Mo Yang' mengangguk kepalanya dan berpaling melihat Zhang Xuan, "Bagaimana kalau begini, saya akan memberi kamu peluang! Kamu akan memilih sesebuah artifak kecil bersama-sama dan membersihkannya untuk mendapatkan harganya! Selagi kamu boleh mengaut keuntungan daripada artifak pilihan kamu, saya akan mengakui kebolehan kamu dan saya akan melupakan sahaja hal ini! Namun, kalau kamu memilih sampah, kamu perlu membeli artifak yang telah saya memilih untuk kamu sambil melutut dan meminta maaf kepada saya!"

"Kamu mahu bertanding menilai barangan dengan saya?" Seketika tadi sahaja Zhang Xuan dalam dilema kerana tidak dapat mendapatkan bukti terhadapnya. Namun, mendengar perkataannya, dia terkejut dan hampir ketawa di situ juga.

Orang ini cari nahas!!

Zhang Xuan sendiri memiliki Perpustakaan Jalan Syurga. Jika dia mendakwa dirinya kedua terhebat dalam penilaian barangan, tidak akan ada orang berani mendakwa mereka paling hebat di dunia… Adakah kamu pasti kepala kamu tidak tersepit di antara dua pintu?

Namun, selepas memikirkan situasi tersebut, dia dapat faham kenapa dia berbuat demikian.

Dalam pandangan 'Sarjana Mo Yang', Zhang Xuan hanya lapan belas ke sembilan belas tahun, bagaimana mungkin dia mempunyai pengalaman dalam penilaian barangan? Lebih-lebih lagi, memandang dia telah berjaya membuat beberapa orang mengaut keuntungan beberapa hari lalu, dia telah menyediakan beberapa pelan kecemasan. Jika mereka berdua menilai bersama-sama dan Zhang Xuan memilih sampah, dia akan mampu menggunakan peluang ini untuk meningkatkan lagi namanya dan mungkin akan menarik perhatian lebih ramai orang untuk melabur dengannya.

"Kenapa? Kamu tidak berani menyahut cabaran?"

'Sarjana Mo Yang' bertekad mengambil kesempatan penuh terhadap Zhang Xuan.

"Baiklah!" memandang 'Sarjana Mo Yang' ingin mencari sedikit kesenorokan, bagaimana mungkin Zhang Xuan menolak.

"Kalau begitu, saya akan memilih dahulu!"'Sarjana Mo Yang' melambaikan jubahnya sambil berjalan melalui pelbagai artifak yang terpapar. Dengan cepat dia berhenti di depan satu yang sebesar tapak tangan dan mengambilnya.

Objek ini tertimbus dalam lapisan batu membuatkan ia susah untuk mengenal pasti bentuknya apatah lagi harganya.

"Penjual, berapa harganya?"

Mengambil objek tersebut, 'Sarjana Mo Yang' bertanya.

"Objek ini kecil dan tidak banyak tenaga rohani yang boleh dirasai daripadanya. 200 syilling emas!" Si Penjual membalas sambil dia berjalan ke arah 'Sarjana Mo Yang'.

"Baiklah, tolong cari seorang untuk bersihkannya!"

Sambil menghulurkan wang kepadanya, 'Sarjana Mo Yang' berkata dengan tenang.

"Baiklah!"

Si Penjual mengambil artifak tersebut dan menghantarnya ke belakang dewan. Sebentar kemudian, dia berjalan keluar dengan todak emas di tangannya. Dengan muka teruja, dia berkata, "Tahniah! Ini bangsal kulit Todak Emas Bertanduk Mistik!"

"Todak Emas Bertanduk Mistik itu apa?"

"Todak Emas Bertanduk Mistik merupakan binatang buas tahap 6. Dalam seluruh badannya, yang paling berharga merupakan kulitnya. Ia hanya menukarkan kulitnya sekali dalam hidupnya. Objek ini boleh dijadikan bahan perubatan dan amat berharga!"

"Seperti jangkaan kita, Sarjana Mo Yang mesti dapat memilih harta karun daripada semua itu. Kebolehan kamu untuk mengenal pasti mesti hebat tanpa bandingannya!"

...

Selepas mendengar ia bangsal kulit Todak Emas Bertanduk Mistik, dewan tersebut mula bising. "Ramai mungkin tidak tahu tentang objek ini, oleh itu kenapa tidak kamu sahaja meletakkan harga asas! Ia akan lebih hebat kalau begitu!" Dengan kepalanya diangkat tinggi, 'Sarjana Mo Yang' meneruskan lakonannya sambil bercakap dengan tenang.

"Objek ini berharga...2000 syilling emas!" Si Penjual berkata.

"2000 syilling emas?"

"Dengan hanya membayar 200 syilling emas untuk objek itu asalnya, dia telah mengaut keuntungan sebanyak sepuluh kali ganda dengan menjualnya untuk 2000 syilling emas!"

"Dia ini terlalu hebat!"

"Seperti jangkaan kita. Kalau kamu boleh mengaut keuntungan begitu banyak dengan objek sekecil itu, tentunya saya akan kaya dengan artifak yang kamu telah pilih untuk kita!"

....

Selepas melihat kejadian tersebut, muka risau para hadirin-hadiran sekali lagi mula bersinar.

Sarjana tersebut bukan sekadar nama sahaja, jelas perbezaan mereka semenjak langkah pertama dia!

"Baiklah, giliran kamu pula!"

'Sarjana Mo Yang' menuding sambil berkata dengan sinis.

"Saya…" Zhang Xuan mengangguk kepalanya.

Walaupun dia tahu orang ini penipu dan tentunya akan mempunyai beberapa pelan kecemasan, dia tetap tidak dapat menjangkakan pelannya hebat sebegini!

Dia perlu memilih sesuatu yang sekurang-kurangnya setaraf dengannya.

"Boleh tak saya memilih artifak itu dahulu dan kemudian berbincang tentang harganya selepas ia dibersihkan?"

Sambil melangkah ke hadapan, Zhang Xuan tiba-tiba teringat sesuatu dan melihat Si Penjual.

"Tak boleh! Kamu perlu membayar sebelum membersihkannya! Ia peraturan. Kalau tidak, nanti didapati sampah selepas bersihkannya dan kamu tidak mahu lagi ataupun terlalu berharga dan kami tidak lagi mahu menjualnya bagaimana pula? Ia mustahil untuk menyelesaikan dengan puas situasi begitu!"

Si Penjual menjeling Zhang Xuan dengan muka marah.

Untuk mengelakkan masalah tersebut, seorang perlu membayar dahulu sebelum dia membersihkan artifak tersebut. Ia seakan menandatangani kontrak, tidak ada orang yang boleh melanggar perjanjian mereka.

"Baiklah…"

Selepas mengetahui peraturan tersebut, Zhang Xuan hanya boleh mengangguk kepalanya. Kemudian, dia berpaling untuk melihat artifak. Tanpa malu, dia berkata, " Baiklah, tunjuk kepada saya artifak yang harganya kurang 8 syilling emas! Saya akan memilih dalam kalangan artifak itu…"

Siguiente capítulo