webnovel

Menjernihkan Otot Dan Tulang

Editor: EndlessFantasy Translation

"Biar saya mencubanya!"

 

Selepas mendapat teknik pertapaan yang sempurna, Zhang Xuan tidak meragu-ragu dalam mengikuti teknik yang tertulis di dalam Seni Suci Jalan Syurga dan mula bertapa.

 

Semua liang di badannya terbuka apabila dia mula menyerap tenaga batin daripada udara ke dalam tubuh badannya.

 

Peninju 4-Dan.

 

1-Dan Juxi, 2-Dan Dantian, 3-Dan Zhenqi, 4-Dan Pigu.

 

Alam Juxi, Petapa akan belajar Teknik pernafasan semula jadi dan kesedaran roh di dalam udara. Mereka juga akan mendapat kebolehan untuk menyedari keadaan tubuh badan mereka dan dapat mengawal aliran tenaga batin di dalam badan mereka melalui minda.

 

Alam Dantian, akan membuka Dantian seseorang petapa itu dan membolehkan mereka mengumpul tenaga batin dan juga memperbaharui badan mereka seterusnya menukar diri mereka daripada manusia biasa kepada seorang Peninju yang sebenar.

 

Alam Zhenqi, kebolehan mengumpul tenaga batin yang banyak di dantian untuk bertukar menjadi zhenqi.

 

Alam Pigu, Dantian yang dipenuhi dengan zhenqi akan mula melimpah keluar dan memperkayakan badan seseorang dan hal ini akan menyebabkan badan si petapa menjadi kuat. Kebolehan organ dalaman mereka juga akan bertambah dan oleh itu membuatkan mereka menjadi seorang pakar yang sebenar.

 

Ketiga-tiga Dan yang pertama untuk seorang ahli tinju adalah sebagai asas pembinaan. Hanya di tahap Dan keempat seseorang ahli tinju tersebut boleh melihat hasil pertapaannya. Di tahap tersebut, bukan sahaja badannya menjadi kuat secara fizikal tetapi imunisasi badannya juga meningkat dan membuatkannya kebal daripada sebarang penyakit.

 

Namun, Seni Suci Jalan Syurga ini berbeza. Ia menggunakan tenaga batin daripada kawasan sekeliling untuk menyuburkan badan ketika zhenqi di badan seseorang itu melimpah ke bahagian yang lain pada masa yang sama.

 

Gugugugu!

 

Aliran tenaga batin yang mengalir melalui uratnya mengelilingi seluruh tubuh badannya. Zhenqi tersebut akan memperbaiki dan memulihkan bahagian-bahagian yang tidak sempurna selagi ia mengalir di dalam urat petapa.

 

Gezhi! Gezhi!

 

Ia tidak mengambil masa yang lama untuk kedua-dua tenaga batin dan zhenqi untuk mula menguatkan tulang dan ototnya. Dia berasa seakan-akan telah pun diperkuatkan dengan api yang marak sehingga menjadi jernih, mengeluarkan sinaran yang hangat.

 

Boom!

 

Selepas zhenqi tersebut mengalir ke seluruh tubuh badannya beberapa kali, badannya tiba-tiba menggeletar seakan-akan dia telah pun melepasi sesuatu kekangan. Bersama-sama perasaan itu datang juga sekilat rasa kelegaan.

 

Dulu, badannya berasa seakan-akan ia dirantai ke lantai tetapi sekarang dia berasa ringan, bebas dan mempunyai kawalan terhadap setiap pergerakannya. Dia merasakan bahawa dia telah pun terkeluar daripada kepompong dan dilahirkan semula sebagai rama-rama.

 

"Ahli tinju 4-Dan Alam Pigu… saya telah habis bertapa didalam alam ini?"

Selepas membuka matanya, Zhang Xuan masih tidak percaya dengan apa yang telah berlaku.

 

Tanda-tanda seseorang telah pun melepasi alam Pigu adalah perasaan bebas daripada rantai dan kekangan rohani. Kebebasan daripada rantai dan kekangan ini membolehkan seseorang untuk maju ke alam dan tahap yang lebih tinggi. Berapa lama sudah dia berlatih? Dua jam? Empat jam?

 

"Busuk!"

 

Curiga, dia melihat badannya dan perasan terdapat satu lapisan kotoran yang telah timbul di permukaan kulitnya..

 

Alam Pigu merupakan fasa penyuburan badan seseorang melalui zhenqi-nya, penyingkiran kotoran daripada badannya dan oleh itu, otot dan tulang dapat diperkuatkan dan secara keseluruhan memperbaharui tubuh badan mereka.

 

Sejak lahir, manusia akan makan segala jenis makanan untuk hidup. Akibat daripada itu, mereka akan mula mengumpul lebih banyak kekotoran didalam badan mereka. Di dalam alam Pigu, melalui penyuburan badan daripada zhenqi, seseorang itu boleh membersihkan badan mereka daripada kekotoran yang terkumpul tersebut dan hanya menggunakan cara itu mereka akan dapat membebaskan diri mereka daripada kekangan dan rantai rohani untuk bersatu semula ke alam semula jadi.

 

"Sudah lama saya dengar tentang alam Pigu… tetapi saya tidak pernah melihat seseorang yang menyingkirkan kekotoran sebanyak ini!"

 

Bau busuk yang datang dari badan Zhang Xuan tidak dapat ditahan olehnya. Dia mengambil baldi yang berisi air lalu membersihkan badannya sambil membebel kepada diri sendiri.

 

Peninju 4-Dan alam Pigu merupakan pembersihan otot dan tulang seseorang. Sememangnya ia sudah cukup bagus jikalau berjaya menyingkirkan sedikit kekotoran daripada badan mereka dalam satu sesi pertapaan. Tetapi dia tidak pernah mendengar seseorang yang menyingkirkan kekotoran yang sebanyak ini sekaligus sehinggalah badan mereka mampu berbau busuk.

 

Dengan segera, dia membersihkan dirinya. Pada saat ini, Zhang Xuan tiba-tiba berasa bahawa badannya jernih seperti jed dan licin seperti cermin. Semua parut yang terkesan hasil daripada sesi latihannya yang lepas telah pun hilang seakan ia tidak pernah terjadi. Sekarang, dia seakan bayi yang baru dilahirkan, malah kemungkinan lebih licin daripada bayi yang baru dilahirkan.

 

"Zhenqi saya…"

 

Terkejut dengan perubahan didalam badannya, perhatiannya bertukar kepada dantiannya. Seluruh badannya menggeletar.

 

Zhenqi yang keruh yang duhulunya berada didalam dantiannya kini telah pun bertukar menjadi jernih seperti air sungai yang belum pernah dicemari oleh manusia.

 

Tanpa sebarang keraguan, ini tentunya zhenqi tahap terunggul!

 

"Bukan sahaja badannya diperkuatkan, malah kualiti zhenqinya juga diperbaiki. Seni Suci Jalan Syurga ini...terlalu hebat!"

 

Zhang Xuang terfikir.

 

Untuk melepasi alam Pigu, seseorang itu biasanya perlu menyuburkan badannya secara berterusan sekurang-kurangnya beberapa tahun. Namun, dia mengambil masa kurang daripada empat jam untuk terus melepasi alam tersebut. Bukan itu sahaja, kualiti zhenqinya juga diperbaiki. Apakah jenis manual yang telah dicipta daripada penggunaan Perpustakaan Jalan Syurga ini?

 

Ini terlalu hebat!

 

"Biar saya cuba kekuatan saya! Selepas melepasi alam Pigu, seseorang akan mencapai tahap Peninju 5-Dan alam Dingli. Sebaik sahaja seorang petapa ke alam ini, mereka akan mempunyai kekuatan satu ding!"

 

Dia berjalan ke Tiang Batu Penilaian Kekuatan yang boleh dijumpai di sekeliling akademi. Ia diletakan begitu sahaja untuk membenarkan pelajar menilai kekuatan mereka dimana-mana dan pada bila-bila masa sahaja.

 

Apabila seseorang mula mencapai tahap Peninju 5-Dan Dingli, mereka akan mempunyai kekuatan satu ding iaitu beranggaran sebanyak seribu kilogram.

 

Kekuatan sebegini sudah pun melepasi kemampuan manusia biasa malah setaraf dengan kekuatan kuda ataupun kerbau. Selepas berlatih Seni Suci Jalan Syurga, badan Zhang Xuan turut diperbaharui dan dia telah pun melepasi alam Pigu. Inilah masanya untuk dia mencuba kekuatan yang diperolehinya. Adakah ia akan sama seperti diperkatakan oleh khabar angin iaitu kekuatan sebanyak satu ding?

 

Sambil mengumpul dan mengawal penafasannya, tapak kakinya mencengkam lantai. Tiba-tiba, lututnya melonjak ke hadapan diikuti dengan badannya yang berubah menjadi busur yang besar sementara tangannya melulu ke hadapan seperti anak panah yang dilepaskan daripada busur.

 

Peng!

 

Penumbuknya terhempas pada permukaan tiang batu yang sejurus kemudian mula bercahaya.

 

"5 ding!"

 

Nombor tersebut timbul pada permukaan tiang.

 

"Bagaimana… bagaimana... apakah mungkin?"

 

Zhang Xuan merapatkan matanya dan mukanya bertukar menjadi seperti tidak percaya.

 

Adakah ini benar?

 

Untuk seseorang yang berada di tahap biasa alam Dingli, dia sepatutnya mempunyai kekuatan agak-agak satu ding. Di tahap sederhana, dia akan mempunyai kekuatan dua ding. Di tahap maju, tiga ding dan akhirnya di tahap puncak dia akan mempunyai kekuatan sebanyak empat ding!

 

Tetapi, walaupun hanya baru melepasi alam Pigu ke alam Dingli, dia mempunyai kekuatan sebanyak 5 ding… apa yang sebernanya yang telah berlaku?

 

Bukankah ini keterlaluan!

 

"Ia mesti disebabkan oleh penyuburan badannya melalui Seni Suci Jalan Syurga dan zhenqi yang terunggul yang berada didalam badannya.."

 

Selepas seketika, Zhang Xuan pulih daripada rasa terkejut dan mula berfikir.

 

Dia tahu bahawa dia bukannya seorang yang bijaksana.

 

Jawapan yang logik kepada persoalan yang timbul adalah disebabkan oleh Seni Suci Jalan Syurga yang baru sahaja diikutinya.

 

Bukan sahaja teknik pertapaan ini memperkuatkan serta memperbaharui badannya secara fiizikal dan juga zhenqinya, ia juga meningkatkan kualiti zhenqinya kepada tahap terunggul yang secara tidak langsung meningkatkan kekuatannya melebihi apa yang mampu dilakukan oleh seorang petapa di alam Dingli yang memiliki tahap puncak.

 

Ganas!

 

"Hanya terdapat beberapa orang guru sahaja di akademi ini yang telah mencapai Peninju 5-Dan!"

 

Di dalam akademi ini, hanya beberapa orang guru yang berpangkat tinggi mempunyai kekuatan Peninju 5-Dan alam Dingli. Orang seperti Cao Xiong dan dia tidak mampu mencapai kemajuan yang sebegini.

 

"Memandangkan saya telah pun mencapai tahap ini, saya patut pergi mencari teknik pertapaan untuk 5-Dan…"

 

Walaupun kekuatannya meningkat dengan cepat, masalah yang baru telah muncul.

 

Kuantiti teknik pertapaan 4-Dan yang didapatinya daripada Pavilion Kompendium Guru sekarang tidak berguna lagi. Kalau dia ingin menyambung pertapaannya, dia perlu mencari teknik pertapaan 5-Dan pula.

 

"Sekarang, masih belum terlambat lagi! Pavilion Kompendium Guru rasanya masih terbuka…"

 

Sambil menggaru kepalanya, Zhang Xuan berjalan menuju Pavilion Kompendium Guru sekali lagi.

 

Bagi menghalang orang untuk menjadi tamak dan tidak sabar didalam latihan mereka, akademi telah pun meletakkan peraturan bahawa seseorang hanya boleh melihat teknik pertapaan yang sama tahap dengan tahap pertapaan mereka.

 

Ia tidak mengambil masa yang lama untuk Zhang Xuan sampai ke Pavilion Kompendium Guru sekali lagi.

 

"Kamu lagi?"

 

Apabila Tetua Mo perasan bahawa inilah orang yang sama dia nampak sebentar tadi, dahinya mula berkerut.

 

Orang ini baru sahaja meninggalkan pavilion beberapa jam yang lalu. Kenapa dia pulang kesini semula?

 

"Tetua Mo, saya ingin membaca teknik pertapaan 5-Dan!" Zhang Xuan berada dalam keadaan yang kekok. Dia tidak boleh memberitahu bahawa dia telah pun melepasi alam Pigu dalam masa yang singkat!

 

Kalau dia berkata demikian, tetua ini mesti akan membunuhnya atau pun menculiknya untuk dikaji seperti tikus makmal.

 

Tiada banyak perbezaan di antara zhenqi seseorang yang berada di alam Pigu dan alam Dingli. Selagi dia tidak menggunakan zhenqinya, pasti sukar walaupun untuk pakar mengenalpasti. Tetua Mo mungkin kuat, tetapi mustahil baginya bahawa budak mentah yang berada di depannya mampu maju dengan masa yang singkat.

 

"Teknik pertapaan 5-Dan? Kamu menginginkannya untuk apa?"

 

Muka Tetua Mo mula kecewa. Sebarang rasa penghargaan terhadap orang ini mula lesap.

 

Dia tidak menyalin apa-apa nota tentang teknik pertapaan 4-Dan dan tidak cuba untuk bertapa menggunakan teknik tersebut. Namun, dia sudah pulang kembali ke sini untuk meminta teknik 5-Dan pula? Adakah ini merupakan suatu jenaka?

 

"Tetua Mo, sebenarnya begini. Hari ini, saya menerima seorang pelajar dan ibu bapanya bertanyakan beberapa soalan berkaitan dengan teknik pertapaan 5-Dan. Malangnya, saya tidak dapat menjawabnya dan hal ini membuatkan mereka memandang rendah terhadap saya. Oleh hal demikian… saya ingin melihat dan mendapatkan jawapan kepada soalan mereka itu tadi. Dengan cara ini, saya dapat menjawab soalan yang sebegini pada masa hadapan!"

 

Zhang Xuan telah pun berfikir tentang alasannya sebelum ini.

 

"Sememangnya, ada ibu bapa yang susah untuk ditangani!" Apabila mendengar penjelasan Zhang Xuan, Tetua Mo menganggukan kepalanya. Dengan muka yang puas dia berkata, "Kamu boleh melihat tetapi kamu tidak dibenarkan untuk cuba bertapa mengikut teknik-teknik yang tersenarai! Kalau kamu cuba bertapa dengan teknik 5-Dan tanpa melepasi 4-Dan, dewa pun tidak akan mampu menyelamatkan kamu apabila kamu hilang kawalan!"

 

"Yea, saya faham!"

 

Zhang Xuan membalas dengan cepat.

 

"Baiklah, kamu dibenarkan masuk!" Tetua Mo melambaikan tangannya sambil menutup matanya. "Teknik pertapaan 5-Dan berada di baris yang terakhir sekali!"

 

"Yea!" Zhang Xuan masuk dengan segera.

 

"Hipokrit! Megah!"

 

Selepas masuk, Tetua Mo memasukkan dua lagi perkataan keatas penilaiannya terhadap Zhang Xuan.

Siguiente capítulo