webnovel

(Jangan)Lepaskan Aku Pergi

Real
En Curso · 8.2K Visitas
  • 9 Caps
    Contenido
  • valoraciones
  • N/A
    APOYOS
Resumen

Ad melalui hidupnya seperti biasa.tapi,semuanya berubah selepas dia bertemu seseorang dan membuka satu misteri. Apakah misteri tersebut?

Chapter 1Satu : Permulaan Hidup

"Ad! Ad!" Suara itu memecah keheningan. Ad membuka matanya perlahan-lahan, bayangan seorang wanita muncul di hadapannya. Penglihatannya kabur, bayangan itu samar-samar, tetapi semakin lama semakin jelas.

"Siapa kamu?" tanya Ad kepada bayangan itu.

Mulut wanita itu bergerak-gerak, tetapi tiada suara yang keluar. Ad bertanya sekali lagi, namun masih tidak mendengar apa-apa. Tiba-tiba, suara bising yang sangat kuat memecah keheningan, menyakitkan telinga Ad. Dia menutup telinganya, menahan sakit yang terasa. Dia melihat ke arah wanita itu, dan wanita itu membuka mulutnya,

"Emma."

Tet! Tet! Tet! Bunyi loceng berdering. Ad membuka matanya sekali lagi, kali ini dia benar-benar terjaga. Rupanya, apa yang dia alami sebentar tadi hanyalah mimpi.

"Mimpi rupanya… Selamat pagi dunia!"

Jam menunjukkan pukul 7 pagi, waktu untuk Ad bersiap-siap pergi ke sekolah. Ad bangun, mencapai tuala dan bergegas ke bilik mandi. Dia adalah seorang pelajar kelas 4 elite di Sekolah Tinggi South Emblem. Dia tinggal bersama ibunya setelah ayahnya meninggal dunia. Setelah bersiap-siap, Ad sarapan dan melangkah keluar rumah. Ibunya bekerja di kedai runcit tidak jauh dari rumah, jadi dia sempat menyediakan sarapan untuk Ad dan mengemas rumah.

Ad menaiki motorsikal peninggalan arwah ayahnya untuk pergi ke sekolah. Dalam perjalanan, dia teringat semula tentang mimpi yang dialaminya malam tadi. Dia teringat gadis itu menyebut nama Emma.

"Emma… Ahh, mimpi saja lah!"

Sampai di sekolah, Ad memulakan langkahnya. Dia berhenti di depan pintu kelas dan membuat pengumuman kedatangannya.

"Pengumuman kepada semua pelajar! Seorang pelajar yang kacak ingin memasuki kelas 4 elite. Dipersilakan Ad!"

Ad masuk kelas dengan gayanya yang unik. Semua pelajar ketawa melihat gelagat Ad. Mereka semua sudah kenal dengan perangai Ad yang selalu membuat gelagat lucu bila masuk ke kelas. Suasana di dalam kelas menjadi riuh. Ad menyapa rakan-rakan sekelasnya dan duduk di kerusinya. Beberapa minit kemudian, Cikgu Zack masuk untuk mengajar subjek sains. Semua pelajar kembali ke tempat duduk masing-masing dan pelajaran dimulakan seperti biasa.

Saat pelajaran sedang berjalan, tiba-tiba pintu kelas diketuk. Cikgu Adam masuk untuk berjumpa dengan Cikgu Zack. Seorang gadis mengikuti Cikgu Adam dari belakang. Tiba-tiba, mata Ad terbeliak. Dia tidak percaya bahawa gadis yang muncul dalam mimpinya ada di depan matanya. Tanpa disedari, Ad berteriak.

"Emma!"

Gadis itu terkejut. Semua orang memandang Ad, termasuk gadis itu. Cikgu Adam menyapa gadis itu.

"Dah ada kawan rupanya kamu ya, Emma. Kenalkan kelas, ini Emma Willy, pelajar baru untuk kelas 4 elite dan kawan baru kamu semua."

Emma terkejut sebentar dan membuka mulutnya.

"Saya Emma Willy, selamat berkenalan semua ya."

"Emma, kamu boleh duduk di sebelah Ad. Kebetulan sebelah Ad kosong, tiada orang."

Emma berjalan dan duduk di tempat yang ditunjukkan. Dia memanggil Ad dan bertanya kepadanya.

"Eh? Macam mana kamu tahu nama saya? Saya tak pernah bertemu dengan awak pun."

Ad tersipu-sipu menjawab.

"Sebenarnya saya cuma meneka saja. Saya tak tahu pula betul. Hahaha!"

"Oh begitu ya…" Emma tersipu malu.

"Perkenalkan saya Adrian, awak boleh panggil saya Ad."

Mereka berjabat tangan. Sejak dari itu, mereka menjadi kawan rapat. Kemana-mana saja mereka pergi, mereka akan bersama-sama, tidak kira waktu rehat atau pun pulang sekolah bersama.

Pada hari itu, Ad dan Emma memutuskan untuk tidak membawa kenderaan kerana mereka ingin pulang berjalan kaki. Dalam perjalanan pulang, Ad bertanya kepada Emma.

"Kalau saya nak tanya sesuatu boleh tak?"

"Tanya lah Ad, macam ada benda penting je ni."

"Awak percaya tak kalau mimpi tu boleh menjadi nyata?"

"Mimpi tu cuma mainan tidur saja Ad."

"Ya, ada betulnya juga tu. Ad bermimpi Ad bertemu dengan Emma. Waktu tu Emma belum masuk sekolah ni lagi tau."

"Iya ke ni Ad? Macam-macam lah Ad ni. Entah hantu mana yang masuk dalam mimpi Ad tu. Kalau ada pun, kebetulan je tu."

"Hehe, ya lah tu. Agaknya semuanya kebetulan."

Ad mula yakin semua itu kebetulan dan tidak lagi memikirkannya. Mereka teruskan perjalanan dan pulang ke rumah masing-masing. Waktu berganti malam, terlihat Puan Nohara, ibu Ad, sedang menyiapkan makan malam dan memanggil Ad untuk makan.

"Ad, mari turun ke bawah. Kita makan malam."

"Baik, Ibu!"

Sedang mereka makan, Puan Nohara bertanya tentang persekolahan Ad.

"Sekolah Ad macam biasa saja, Ibu. Untuk bulan ini, belum ada aktiviti luar sekolah. Ibu, Ad fikir dalam hujung minggu ni, Ad dan Emma hendak pergi ke Pantai Gala."

"Ibu lihat kamu dengan Emma dah seperti magnet. Kemana-mana saja bersama-sama." Puan Nohara mengusik Ad.

"Kami bukan cuma magnet saja, Ibu. Kami sudah jadi super magnet!"

Mereka berdua tertawa. Malam pun berganti siang. Pagi itu, Ad ingin pergi ke sekolah dengan menaiki motor, tetapi motornya mogok dan tidak mahu hidup.

"Kamu ni motor, masa aku nak sekolah lah masa itu kau nak merajuk. Nasib baik kau motor yang Ayah tinggalkan. Kalau tidak, dah lama aku bakar."

Ad memutuskan untuk berjalan kaki memandangkan jarak rumah ke sekolah tidaklah jauh. Dalam perjalanan itu, tiba-tiba, Ad terserempak dengan Sumire. Sumire adalah seorang pelajar di sekolah yang sama, bersebelahan dengan kelas 4 elite, iaitu kelas 4 Dedicate. Mereka hanya mengenal nama dan rupa sahaja. Sumire bersandar di dinding tepi jalan, kelihatannya seperti menunggu seseorang. Belum sempat Ad menyapa Sumire, Sumire terus berkata kepada Ad.

"Kau dah selesa sangat dekat sini ya, Ad. Sudah terlalu lama sangat."

Sumire terus berjalan pergi. Ad seperti kebingungan dengan apa yang baru Sumire katakan kepadanya. Dia terdiam seketika, memikirkan apa yang baru terjadi. Dia merasa ada sesuatu yang aneh, tetapi dia tidak tahu apa. Dia hanya bisa berharap bahwa semuanya akan baik-baik saja dan melanjutkan perjalanannya ke sekolah.

También te puede interesar

MY IDEAL ITALIAN GUY

NENY ROBIN, pekerja di sebuah syarikat yang terkenal. Sangat lama tempoh si gadis berkhidmat di syarikat itu sehinggakan majikannya memintanya berkhidmat di sebuah syarikat maju iaitu El Qiansilouki Sdn. Bhd. selama empat bulan. Dia setuju. Tidak sangka pula pengurus syarikat itu adalah lelaki dari Itali! KIM ROSSIN STUART, sebaris nama yang Robin membuatkan dia tersenyum. Tambahan lagi, lelaki idamannya jejaka itali. Walau bagaimanapun, mengetahui lelaki itu tiada agama, Robin melupakan hasratnya.            "Why you didn't hand shake with me?"-Kim Rossin Stuart.            "My religion said forbidden for touching who's I don't married with. Including hand shake or whatever."- Neny Robin. Pada mulanya, semuanya baik-baik dan menjaga jurang hati agar tidak terjatuh hati. Tiada siapa tahu, apabila hati berubah rentak. Robin terperangkap. Terperangkap dengan hati celarunya. Bait-bait yang dia sendiri tutur memakan dirinya semula. Love trap? Mata mereka bertaut.            "Then, will you be my imperfect's perfection?" - Stuart            "Hold tight, mia amore." - Stuart Segalanya berubah tatkala dugaan menimpa Neny Robin dan dia terpaksa menahan diri kemudian mengingati dirinya bahawa dia tidak boleh sesuka hati mengurangkan jurang di antara mereka. Mereka di antara dunia yang berbeza.            "You're just my boss, Stuart... and no one to me." - Robin. Wajah lelaki itu jelas terluka. Namun wajah terluka itu pantas berubah riak menjadi kosong. Dingin.            "No one to you? Then, if you say so." Lelaki itu melangkah pergi. Bergenang air mata si gadis. Betulkah perkenalan mereka hanya sebuah memori kenangan? Mampukah mereka mengubati duka lara hati yang dibawa pergi? Benarkah takdir mereka sampai di situ sahaja? Note. Buku ini mengangdungi banyak kesalahan tatabahasa dan grammar mistake. © 2021 Raenees. All Right Reserved. Dilarang plagiat karya saya

raenees · Real
Sin suficientes valoraciones
8 Chs

valoraciones

  • Calificación Total
  • Calidad de escritura
  • Estabilidad de Actualización
  • Desarrollo de la Historia
  • Diseño de Personajes
  • Contexto General
Reseñas
¡Guau! ¡Si dejas tu reseña ahora mismo, sería la primera!

APOYOS