webnovel

The World Of Fantasy: Arynniel

MALAY FANTASY STORY.. Kisah hidup aku tak sama macam orang lain.. Zaman kanak-kanak aku juga tidaklah seindah seperti zaman kanak-kanak yang lain.. Aku sedar aku hidup tanpa hala tuju dan matlamat seperti mana yang orang lain sibuk kejarkan.. Aku sedar aku hanya manusia yang tidak sempurna bukan sahaja dimata hamba Allah yang lain malah mungkin juga dimata Sang Pencipta.. Aku juga sedar akan kekurangan diri aku sebagai seorang insan yang lemah.. Meskipun aku berbeza dengan mereka namun siapakah aku di mata mereka..? Tidak layakkah aku untuk mengenal erti bahagia..? Hinakah aku dimata mereka..? Tidak layakkah aku digelar manusia..? .... Kemunculan dirinya di dunia itu telah menyebabkan huru hara berlaku. Pelbagai cabaran harus ditempuhi demi membongkar kebenaran yang sudah lama dilenyapkan. Aku tak patut berada di sini.. Layakkah aku terima semua ni..? Siapa aku sebenarnya..? Kenapa aku berbeza..? Bagaimana dengan 'mereka'..? Walau seteruk mana pun perjalanan hidup aku, aku tetap bersyukur kerana telah dianugerakan sesuatu yang tidak pernah ku duga serta impikan.. Aku Niel dan ini adalah coretan tentang kisah hidupku yang penuh dengan keajaiban yang berlaku...

_SweetQae_ · Fantasie
Zu wenig Bewertungen
10 Chs

RAHSIA

"Macam mana Cikgu boleh buat tu?" tanya Niel setelah puas berfikir tentang gurunya yang aneh itu.

Cikgu Lim hanya meletakkan jari telunjuk di bibirnya dan hanya tersenyum memandang Niel yang berada di hadapannya.

FLASHBACK

Sedang Niel sibuk mengejar Azyrul yang mengambil bukunya, Niel berhenti secara mengejut apabila tersedar bahawa keadaan sekelilingnya yang kaku persis seperti berada di dunia yang dipenuhi boneka serta arca.

Dengan perlahan Niel mengatur langkahnya ke arah Azyrul dan mengambil bukunya. Namun sempat dia memerhatikan keadaan sekeliling begitu juga di kelas lain dan semuanya bagaikan disumpah menjadi patung cendana. Niel melihat ke arah jam yang tergantung di hadapan kelas dan ternyata jarum jam tersebut masih bergerak seperti sediakala.

"Apa dah jadi ni?" bisiknya sendirian ketika sedang cuba untuk memproses apa yang sedang terjadi.

"Saya tak sangka awak yang jumpa buku tersebut. Macam mana awak boleh baca buku tu sedangkan buku tu langsung tiada tulisan yang tertera?"

Terkejut Niel apabila mendengar suara garau yang menerjah ruang telinganya. Terkedu Niel apabila dia menoleh kebelakang, dilihatnya seorang jejaka yang persis seperti gurunya namun jejaka tersebut lebih tampan dan mempunyai bentuk badan yang agak sasa.

'Ehh..? Siapa ni..? Bukan aku seorang je ke yang boleh bergerak sekarang ni? Macam mana dia boleh tahu tentang buku tu..? apa dah jadi sebenarnya? Kenapa aku boleh bergerak sedangkan yang lain tak..? apa kaitan dia dengan aku..?' Bisik hati Niel yang masih tidak faham akan situasi yang dihadapinya ketika ini.

Lama Niel diam sambil memerhatikan tingkah laku jejaka yang berada di hadapannya yang baru sahaja mengambil buku tersebut dari gengaman Niel. Bagaikan dipukau, Niel hanya membiarkan sahaja buku tersebut diambil dan dibaca isi kandungannya.

"Macam mana kau boleh jumpa buku ni?"

"..."

"Apa yang membuatkan kau tertarik untuk baca buku ni?"

"..."

"Apa yang kau nampak kat buku ni?"

"..."

"Berapa lama dah kau simpan?"

"..."

"Apa kau nak buat dengan maklumat yang ada dalam buku ni?"

"..."

"Memandangkan kau tak jawab semua soalan aku jadi aku akan rampas buku ni dari kau dan kau tak akan jumpa buku ni lagi sampai bila-bila lagipun kau baru je baca kan.."

"Aku suka buku tu" Niel menjawab setelah sekian lama berdiam diri.

"Sebab apa kau suka?"

"..."

"Baiklah kau boleh simpan buku ni. Perkenalkan aku Mil ataupun lebih tepat dikenali sebagai Cikgu Lim iaitu orang yang mengajar kau.. Tak kan kau tak cam muka aku?"

"Cikgu..?"

"Ye cikgu lah ni.. kau simpan rahsia aku dan aku akan simpan rahsia kau.. boleh?"

Niel hanya menganggukkan kepalanya walaupun dia masih tidak faham apa yang sedang terjadi dan bagaimana cikgunya boleh melakukan sedemikian.. hanya satu persoalan yang terdapat di dalam kepalanya iaitu 'siapa dia?'...

"Nah, aku pulangkan buku kau ni. Jangan sampai terlepas lagi kat tangan orang lain terutama sekali orang yang kau rasa mencurigakan.. Jaga buku ni macam nyawa kau sendiri boleh?"

'Apa yang penting sangat pasal buku ni?' Bisik hatinya hairan.

Niel mengambil buku tersebut dan sekali lagi Niel menganggukkan kepalanya.

"Simpan rahsia ni baik-baik ye NIEL.."

Sebaik sahaja Niel menyimpan buku tersebut semuanya kembali seperti sediakala.. dan ingatan mereka semasa kejadian buku Niel dirampas berlaku juga telah dipadam oleh Cikgu Lim.

END FLASHBACK

"Just keep it secret between us..ingat pesan saya tadi. Suatu hari nanti kamu akan tahu juga" katanya lalu mengenyitkan sebelah mata kepada anak muridnya, Niel.

'Kringggggggg.....!!!!!'

Jam loceng sudah pun berbunyi menandakan waktu rehat sudah tamat..

"Saya minta diri dulu Cikgu"

"Baiklah--"

Sengaja Cikgu Lim menggantungkan ayatnya namun Niel yang tidak menyedari akan hal tersebut sudah pun meluru keluar dari biliknya..

"--Tuanku"

---------------------------

Niel yang sedang menuju ke kelasnya terhenti apabila dihalang oleh 5 orang murid perempuan yang agak popular di sekolah tersebut.

"Hye Niel..I miss u so bad sweetheart" kata pelajar perempuan yang berambut hitam berkilauan dan obses dengan warna hitam hampir setiap hari dia memakai solekan serba hitam iaitu Ally.

"U selalu jalan seorang diri.. jomlah I teman u" pelawa Alys, yang gemar akan warna merah jambu dan hampir setiap hari dia memakai solekan dan baju yang berwarna merah jambu.

"Hey boy, U tau tak walaupun U ni pelik tapi I tetap suka kat U tau" Luah Amy, iaitu seorang pelajar yang baru sahaja berpindah ke Malaysia namun sudah fasih bertutur dalam Bahasa Melayu.

"Niel sayang, kenapa sayang selalu tak layan baby..? Penat tau baby tunggu sayang hmmm" rengek Asya, seorang model cilik yang terkenal di luar sana dek kerana bakatnya yang diturunkan oleh ibunya yang juga seorang model terkenal antarabangsa.

"Janganlah gedik sangat gila" Marah Zya lalu memutarkan anak matanya dan menjeling Niel yang hanya membuat muka kosong di hadapan mereka.

'Apa lagi yang diorang nak ni? Tak habis-habis nak kacau hidup aku..' getus hati Niel yang sudah lali dengan karenah mereka berlima. Baru sahaja Niel hendak meneruskan perjalanannya dirinya dirempuh dari belakang oleh seorang budak lelaki yang sedang berlari daripada dikejar oleh guru disiplin.

Hal tersebut telah menyebabkan Niel hilang kawalan dan tidak dapat menstabilkan badannya, dia menghempap Zya yang betul-betul berada di hadapannya yang juga tidak sempat untuk mengelak daripadanya.

"aargghhhhhh...!!!!"

Jerit 4 sekawan tersebut lalu menutup mata mereka manakala pelajar lelaki tersebut sudah pun lari meninggalkan kawasan itu dan guru yang mengejar budak lelaki itu tadi juga turut berhenti apabila melihat Niel dan Zya yang terjatuh dengan posisi yang agak memalukan.

"Aduhhh.. sakitnya" kata Zya yang masih menutup matanya dan dengan perlahan meraba 'sesuatu' yang berada di atas badannya.

"erghh.. sorry" perlahan Niel berkata kepada Zya setelah sedar akan situasi mereka sekarang ini lalu dengan pantas dia berdiri semula.

Terkedu Zya apabila buat pertama kalinya mendengar suara Niel ketika Niel membisik halus di telinganya. Sungguh bisikan tersebut membuatkan dia khayal untuk seketika..

'ternyata selama ni aku silap tak sangka merdunya suara dia.. tapi kenapa dia tak pernah bercakap?' getus hati Zya setelah mendengar suara emas Niel.

Zya yang masih terbaring bagai mayat hidup itu dipandang oleh mereka berenam..

"Babe..? are you okay?" kata Asya sambil menepuk badan Zya.

"Hello..? can you hear me?" Tanya Amy sambil melambaikan tangannya di hadapan wajah Zya.

"I rasa I tau apa nak buat. Babe.. I buat ni untuk kebaikan you" kata Ally lalu menampar wajah Zya dengan kuat sehingga wajah sahabatnya itu kemerahan.

Terkejut semua yang ada disitu apabila Ally dengan beraninya menampar pipi Zya yang sudahlah putih, pucat pula tu sudah tentu akan meninggalkan bekas telapak tangan yang ketara..

Terhenti khayalan Zya ketika dia merasa sakit yang melampau di pipinya dan dengan perlahan dia bangun semula setelah sekian lama baring seperti mayat hidup.

Baru sahaja dia hendak memaki orang yang berani-beraninya menampar pipinya, niatnya terhenti apabila terlihat Niel yang betul-betul berada di hadapannya..

"Kau--"

-To Be Continue