Apabila Lin Qian akhirnya tiba semula di Beijing, dia disapa orang dari pangkalan tentera.
"Helo, kakak ipar. Saya Pegawai Komunikasi untuk Ketua. Nama saya Chen Yan."
"Chen Yan, boleh kamu beritahu saya mana Li Jin dan macam mana keadaan dia?" Lin Qian cuma kisah tentang bila dia akan bertemu Li Jin.
"Sebenarnya, Ketua dah diselamatkan agak lama dan ramai orang dalam Angkatan Udara dah tahu pasal ini. Tapi, tak ada sesiapa hubungi Keluarga Li kerana…" Chen Yan tidak begitu tinggi, tetapi dia sasa dan kuat. Berdasarkan rupanya, dia orang yang setia dan jujur, yang boleh boleh dipercayai.
"Kalau ada sesuatu yang kamu nak cakap, jujur saja." Lin Qian sudah mempersiapkan mentalnya untuk sebarang perkara kerana dia sudah mengagak ada sesuatu yang berlaku. Memandangkan mereka sudah menyelamatkan Li Jin, tidak ada sebab kenapa mereka tidak boleh menghubungi isterinya.
Unterstützen Sie Ihre Lieblingsautoren und -übersetzer bei webnovel.com