WEBNOVEL's writing platform-INKSTONE can realize your creative dream and connect you with readers all over the world with words. You can also visit https://inkstone.webnovel.com Create on the PC.
Maisarah nama diberikan. Nama yang cantik begitu juga dengan maksudnya iaitu seseorang yang mempunyai ketenangan jiwa yang teguh. Namun berlainan pula dengan Maisarah yang ini, namanya langsung tidak mencerminkan gerangannya. Dia sangat lantang bersuara tanpa memikirkan perasaan orang lain. Dia juga sangat bebas dalam pergaulan tanpa dapat membezakan mana yang halal mahupun haram. Ramai yang aneh Maisarah mempunyai susuk tubuh yang tinggi lampai, alis mata yang terletak cantik, rambutnya juga ikal manakala bibirnya munggil. Melihatkan luaran Maisarah ramai yang tidak menyangka akan perangainya. Mungkinkan ia kerana kurangkan didikan agama daripada ibubapa? Atau ia pilihannya sendiri? "Sara kau tak takut dosa ke buat perkara macam ni? Ini dah di luar batasan ni Sara"- kata Aimy. "Biar la aku nak buat apa apa pun bukan dosa kau pun kalau tak ada apa apa lagi baik kau blah la Aimy. Acah acah baik pulak depan aku. Kubur lain-lainkan buat apa kau nak kecoh sangat" - jawab Maisarah meluat. Dan seperti yang dijangkakan Maisarah tidak suka dengannya. Dia bukan apa walaupun diri tidak bertudung seperti Maisarah tidak pernah sekali pun dia meneguk air yang haram itu kerana dia tahu dosanya amatlah besar dan kesannya juga besar apabila dia tidak dapat mengawal diri lagi apabila sudah mabuk. Aimy mengingatkan Maisarah kerana dia tidak mahu kawannya menjatuhkan maruah diri sendiri. Aimy tahu akan tragedi buruk menimpa Maisarah dan menyebabkan dia berubah secara mendadak. Bagaimana kesudahan kehidupan Maisarah? Adakah Maisarah akan hidup dalam keadaan yang diselubungi oleh dosa sehingga akhir hayatnya? Apakah tragedi buruk yang menimpa Maisarah segala berubah 360 darjah lakunya? Apakah yang menggerakkan hati Maisarah untuk berubah?
Mengisahkan seorang anak bangsawan iaitu Jang Hara atau dipanggil sebagai Hara. Hara terpaksa menyimpan dan melupakan hasratnya untuk mencintai seseorang yang memang tidak dapat dia miliki. Pada awalnya hara tidak percaya akan cinta kerana dia belum pernah mengalaminya sendiri dan baginya hidupnya sudah cukup gembira. Namun dapatkah hara melupakan perasaannya dan menjalani hidup gembira seperti sediakala setelah dia jatuh cinta ?.