157 Khazanah Penting

Translator: EndlessFantasy Translation Redakteur: EndlessFantasy Translation

"Putera Shaq, terima kasih sekali lagi atas bantuan kamu. Kita berpisah di sini sahaja." Putera Louis berkata sambil tersenyum.

Wajah Shaq segera bertukar tegang. Dia berkata dengan nada tidak gembira, "Putera Louis, mengapa perlu terburu-buru? Sekarang ini, kawasan ini penuh dengan makhluk ajaib dan skuad kamu hanya tinggal tujuh orang. Bahaya sekiranya kamu bertembung dengan makhluk ajaib dalam perjalanan. Sertailah kami. Kita akan lebih selamat jika kekuatan kita bergabung."

Putera Louis gesa-gesa berkata, "Putera Shaq, tak…"

"Jangan tolak. Kalau tak, saya akan marah." Shaq berkata dengan muka yang tegang dan marah.

Putera Louis nampak tidak tentu arah. Akan tetapi di dalam hatinya, dia berasa berang. Putera Louis bukanlah seorang yang dungu. Dia tahu tindakan orang bawahannya yang mengumpul beg-beg ahli skuad yang terkorban telah menimbulkan kecurigaan.

Benar.

Gesperrtes Kapitel

Unterstützen Sie Ihre Lieblingsautoren und -übersetzer bei webnovel.com

avataravatar
Nächstes Kapitel