webnovel

Perjalanan baru bermula

Dalam sukan bela diri telah dikejutkan dengan berita yang menggemparkan iaitu seorang ahli bela diri telah memutuskan untuk pensiun dari sukan bela diri. Beliau di kenali sebagai atlet muda yang berbakat namun setelah hampir 15 tahun dalam bidang ini. beliau mula memikirkan persaraan setelah beliau dicurigai membunuh rakan atletnya sendiri. Setelah peristiwa itu, beliau mengambil keputusan untuk bersara dalam bidang ini dan bermulalah era pahlawan tanpa nama di distrik hitam .

Setelah memutuskan untuk pergi ke distrik hitam beliau telah mengunjungi gurunya iaitu tok guru Mahmud di pergunungan Bukit Putih. Zarul " asalamualaikum, tok masih ingat saya lagi anak murid tok dulu". Tok guru Mahmud " oh kamu Zarul tok masih ingat la walaupun usia sudah larut dimamah bumi namun ingatan kekal di hati ahhaahah, ada apa kamu kemari nie mesti ada hajat kan, kalau tidak ada kamu mesti tidak datang melawat tok kerana dari rumah kamu ke pergunungan bukit putih ini akan mengambil masa berhari² untuk sampai ke sini". Eeeeehhhhh tok sudah tahu ya, tok masih sama seperti dulu usia je yang meningkat haahahahahha. Ooooo kamu perli tok atau kamu puji tok. Zarul puji tok la, tak kan saya nak perli tok pula, tok sudah dianggap sebagai atuk saya dah. Saya sudah tidak mempunyai ayah dan ibu untuk menumpang kasih, hanya tok saja bagi saya untuk menumpang kasih, beramah-mesra dan menghilangkan rasa rindu terhadap ibu dan ayah saya.

Sudah selesai sapa menyapa, Zarul telah mengutarakan perdapatnya untuk pergi ke distrik hitam sebagai pahlawan yang menyelamat manusia di distrik hitam. Distrik hitam boleh dikatakan tempat tersebut di huni oleh manusia yang tidak berkemanusiaan, mereka rela membunuh, membudakkan, merompak dan merogol wanita tanpa belas kasihan.

Zarul janganlah pergi distrik hitam itu, ia sangat berbahaya walaupun itu kamu yang sudah menguasai semua teknik bela diri, mereka sudah membuang sisi manusia mereka dan mereka boleh di anggap moster berwujub manusia. Tidak tok, walaupun itu permohonan tok, ketika tok berkata begitu, saya tetap ingin pergi untuk membantu orang memerlukan. baiklah tok tidak dapat menghalang jalan yang kamu pilih tapi bawalah keris yang menjadi sumber kebesaran kita, keris ini telah diwariskan dari generasi ke generasi yang baru dan sekarang kamu adalah pewarisnya, dan jadikan lah keris ini sebagai senjata, azimat dan perisai kamu. tok doa kamu selamat dan berjaya menjadi pahlawan di distrik hitam itu.

Selepas itu, mulalah detik² sedih antara guru dan murid. Setelah perpisahannya ini mereka belum tahu apa yang akan terjadi seterusnya. Mereka sudah mengerti itu, kesedihan mereka itu telah tersampai ke langit dan waktu yang sama juga muncullah hujan rintik-rintik yang membasahi bukit putih. Hujan rintik rintik-rintik itu menandakan kesedihan mereka. Perpisahan itu telah membangkitkan perasaan yang kuat untuk terus hidup dan mencapai impiannya untuk menghapuskan kejahatan di distrik hitam lalu kembali ke pergunungan bukit putih untuk berjumpa tok gurunya kembali. Setelah peristiwa itu, bermulalah perjalanan Zarul ke distrik hitam untuk melindungi orang ramai daripada kejahatan yang berleluasa.

Nächstes Kapitel