webnovel

Masa Lalu dan Sekarang

Translator: EndlessFantasy Translation Redakteur: EndlessFantasy Translation

Look punung-ganang dibalut tirai kegelapan. Api kuning yang marak rancak menari menjilat vila gunung tersebut ditemani jeritan tidak berpenghujung yang ditelan kesunyian lembah itu.

Seorang gadis berusia 14 tahun menatap kosong pada suasana itu dengan obor di sebelah tangannya.

Api marak itu menelan semuanya dan hanya meninggalkan bunyi rengutan kayu terbakar.

Terbakar, semuanya telah terbakar.

Sangkar kejam ini telah hilang.

Akhirnya, tempat yang menjadi penjara semenjak 10 tahun yang lepas kini hanyalah lautan api.

[Ke manakah kita menuju?]

Satu suara halus bertanya lembut. Kucing kecil berwarna hitam itu duduk di atas bahu gadis tersebut dan memandangnya dengan sepasang mata jernih sambil menjilat tapak tangannya.

"Mana-mana sahaja, asalkan kita keluar dari sini." Gadis itu merenung hasil seninya buat kali terakhir dan kemudian berpusing, berjalan ke arah gunung-ganang. Bunyi rantai patah yang mengikat buku lali kurusnya berkerincing menemani langkah kosongnya ke arah laluan hutan yang berliku.

Sebaik sahaja dia berpusing, satu tubuh yang kian dimamah api berlari keluar daripada hiruk-pikuk kebakaran itu. Sepasang mata milik tubuh itu kelihatan kurang waras dan merenung pada kegelapan. Jeritan yang membelah kesunyian kedengaran.

"Wu Xie! Kembali ke sini! Kamu tidak akan tinggalkan tempat ini! Kamu milik saya!"

Usaha kerasnya selama lebih sepuluh tahun ini berakhir dengan sia-sia.

Gadis itu berhenti melangkah dengan tenang dan berpusing untuk melihat lelaki itu dijilat api. Dia berkata tanpa perasaan, "Kamu sudah hampir mati, sedangkan saya masih hidup."

Lelaki itu menjerit kemarahan. Gadis itu melihat mimpi paling ngerinya buat kali terakhir dan berkata dingin, "Selamat tinggal, datuk."

Kucing hitam kecil yang bertenggek di bahu gadis itu mengejek dan berkata sinis, 'datuk?'

Sebagai seorang yang obses dalam mengkaji bidang perubatan dan cukup gila untuk mengurung cucunya sendiri di kawasan pergunungan untuk digunakan sebagai tikus makmal, apakah hak lelaki itu untuk menjadi datuk kepada tuannya?

[Cik, apakah perancangan kamu?]

Tanpa menghiraukan suara yang perlahan-lahan hilang ditelan api, kucing hitam kecil itu bertanya kepada gadis tersebut.

Gadis itu merenung tangannya dan menjawab lembut, "Menduduki peperiksaan pengambilan lesen doktor haiwan."

[Ha ha ha! Lelaki tua itu, kalau lah dia tahu yang kamu seorang yang pintar tiada bandingan di dalam bidang perubatan dan ingin menjadi doktor haiwan, dia pasti tidak akan mati dengan tenang!] Kucing itu berkata dan ketawa galak di atas bahu gadis itu.

"Dia tidak akan mati dengan tenang?" Mata gadis itu sekadar merenung ke bawah sewaktu bibirnya hampir mengukir senyum.

Setahun kemudian, dia menetap di Bandar A dan telah menerima lesen doktor haiwan. Dia berkhidmat dalam merawat binatang.

Hidup memang tidak dapat dijangka. Beberapa detik sebelum ini, dia masih dalam dewan bedah melakukan pembedahan. Tiba-tiba, satu letupan berlaku dan dia jatuh dalam kegelapan.

Hujan lebat membasahi bumi semasa dia mula sedar. Selepas bertenang dan mengamati keadaan sekeliling, dia mendapati dirinya terbaring di atas batu-bata.

Dia di dalam dunia baru yang asing, menggantikan jiwa yang hampir mati dan apabila dia cuba mengingati serpihan kenangan aneh yang membanjiri benaknya, dia sedar dirinya yang baru ini juga bernama Wu Xie. Tetapi kali ini, dengan nama keluarga Jun. Jun Wu Xie.

Nächstes Kapitel