webnovel

DIRIMU SATU

jatuh cinta itu indah.. namun.. tersilap jatuh cinta... binasa.. bukan mudah mencintai seorang ISKANDAR sehingga jiwa seorang LISA menjadi taruhan lelaki itu. pengenalan mereka di suatu kota membawa kebahagian yang tidak terhingga walau lisa tahu cinta antara mereka mustahil,namun hati lisa tidak mampu menolak persona dimiliki iskandar . jatuh cinta terhadap iskandar wlaau kesilapan namun manis. saat memilih memutuskan iskandar saat itulah hukuman seorang lisa bermula. bagaimana harus aku benci kau lisa?? bagaimana harus aku hukum kau kerna melukakan perasaan aku. apakah cinta aku murah sampai kau rela dihukum dari mencintai aku?? apakah kesudahan kisha cinta iskandar dan lisa yang terlalu awal menyemai cinta??

Nursha_ramli1989 · Urban
Zu wenig Bewertungen
19 Chs

U SUKA I??

Seawal pagi iskandar dan lisa memulakan perjalanan mereka. pesan iskandar mereka harus sampai sebelum tengah hari ke tempat yang ingin dituju kerana satu2 nya kenderaan untuk ke chalet penginapan mereka adalah dengan menaiki gajah. iskandar juga risau mereka kalau-kalau mereka terpaksa menunggu bas seterusnya. sudahlah memakan masa 3 jam perjalanan. nak menunggu bus lagi. iskandar tidak suka membuang masa. lisa yang kisah percutiannya bertukar hanya menurut pelan percutian iskandar. perancangan iskandar selalunya tidak eprnah lari dan gagal.

"is... nanti kalau naik gajah tu.. i seorang sahaja ke?" tanya lisa sewaktu di dalam bas. iskandar menyuruhnya duduk di tepi tingkap. dia tidak selesa apabila ada mata penumpang lain yang melihat lisa.

" yes.." balas iskandar sambil membaca brosur di tangannya. entah apa yang dibacanya,lisa pun tak tahu. lelakk itu pantang ada masa mesti membaca.

" i takut..." akui lisa. membayangkan dirinya memanjat ke belakang gajah juga sudah meremang bulu roma. apatah lagi menaikinya.

" i belum pernah dengar lagi ada orang mati naik gajah.." usik iskandar memandang lisa sekilas.

lisa berdecit. iskandar ni memang hati batu. boleh cakap macamtu.

" i bukan cakap pasal mati.. i takut nanti i naik..gajah tu lari laju.. i jatuh.. gajah pijak.." jauh lisa punya otak melayang. sampai ke situ difikirnya.

" i pun belum pernah dengar lagi gajah lari laju.." iskandar ingin ketawa sebenarnya. namun ditahan. ketawa dalam hati sahajalah. wajahnya tetap serius. buat2 tengok brosur.

" memang la tak pernah.. sebab u tak duduk dekat sini.. cuba u tanya penduduk sini..mesti pernah"bangkang lisa. lisa dan ketidaklogikannya memang pelik.

" u tidur lah lisa.. jangan fikir bukan2.." suruh iskandar,menepuk bahunya agar lisa merebah kepalanya di situ.

lisa memuncungkan bibirnya namun tetap diturutkan arahan iskandar. kepalanya disandar pada bahu iskandar.

" i takkan biarkan sesuatu yang buruk terjadi dekat u..peace ok.." janji iskandar sambil menepuk kepala lisa yang bersandar disisinya.

lisa pamer senyum. iskandar suka membuat jantungnya berdegup kencang. ada masa-masa dia merasakan iskandar suka kepadanya. namun ada masa-masanya dia merasakan iskandar melayannya selayak seorang adik. mana satu yang benar ni iskandar. jangan seksa perasaan lisa,pleassseee....

iskandar memerhati pemandangan luar melalui tingkap bas sepanjang perjalanan. pemandangan sawah padi yang melambai-lambai ditiup angin. suasana desa kecil dan akhirnya sampai ke stesen yang ingin dituju mereka.

" lisa... bangun..." iskandar menepuk bahu lisa. mengejutkan gadis itu.

lisa perlahan-lahan membuka matanya. dia melihat luar jendela. ada lebih kurang 12 ekor gajah beratur. iskandar membantunya turun. lisa yang masih mamai mengikut sahaja iskandar.

" besarnya gajah...." dengan wajah ketakutan lisa memandang iskandar. langkahnya berhenti.

" jom... i ada kan.." iskandar menarik tangan lisa menurut langkahnya. dia merasakan tubuh lisa memberat seeprti batu. gadis itu seeprtinya tidak rela. beg mereka iskandar serahkan kepada porter yang membawa dan menarik gajah nanti. iskandar ingin menguruskan lisa dahulu.

iskandar memaksa lisa menaiki dahulu. lisa memandang iskandar dengan penuh simpati. takkan takde kenderaan lain ynag boleh mereka naiki untuk sampai ke penginapan mereka. apakah ini?? setelah beberapa kali dipaksa dan didesak iskandar,dengan penuh keterpaksaan lisa perlahan-lahan memanjat ke belakang gajah. iskandar sembunyi senyumnya melihat wajah cuak lisa.

selesai membantu lisa menaiki belakang gajah,giliran dirinya pula. dia merapatkan tubuhnya ke belakang lisa dan memeluk tubuh gadis itu dariapda belakang. lisa yang masih ketakutan,perlahan-lahan berasa tenang berada dalam pelukan iskandar. nafas ditarik perlahan saat merasakam tubuh iskandar benar2 merapat di tubuhnya. melekap. doa boleh merasa lekuk tubuh iskandar di belakangnya.

" takut lagi?" tanya iskandar perlahan di telinga lisa.

lisa menggeleng. dia tersenyum malu apabila iskandar meletak dagu di bahunya. setiap hembus nafas iskandar boleh dirasa. romantis pula. di atas gajah pula tu.

" kenapa?" tanya iskandar sengaja. dia dapat melihat ada sedikit senyum di bibir lisa. entah apa yang difikirkan gadis itu.

lisa menggeleng. peti suaranya sudag hilang suara berkata-kata. pertama malu,kedua takut dan ketiga dia ingin menikmati dakapan iskandar. nanti balik negara mereka dia pasti akan merindui saat ini. keadaan akan kembali ke asalnya. siapalah dia di mata iskandar?

iskandar senyum. dia memandang wajah lisa. nafasnya sengaja dihembus di pipi lisa. ingin mengusik gadis itu. dia ingin tahu perasaan lisa kepadanya.

" pandanglah depan.. nanti jatuh.." marah lisa. dia menoleh ke sisi lain. malu direnung dari sisi sebegitu. gugup tahu tak. iskandar ingat dia takde perasaan ke?

" u suka i?" tanya iskandar tiba-tiba dalam nada serius. ada bunga ketawa melalui pertanyaannya itu. mungkinkah pertanyaan itu sekadar gurauan atau iskandar ingin tahu kebenaran?

" no komen.. " laju lisa menjawap. telinganya sudah memerah. walau pertanyaan itu bagi iskandar mungkin hanyalah gurauan. tetapi dia perempuan, dia malu. malu kerana dia memanh sudah sukakan iskandar.

" u suka lah tu maksudnya kan.." tebak iskandar. dagunya kembali diletak di bahu lisa.

lisa diam. tidak mahu melayan iskandar. lelaki itu berbicara soal perasaan macam perkara itu perkara biasa.

" kalau u suka i.. bagitahu tau.. jangan pendam.. " bisik iskandar lagi. dia dah dapat menebak perasaan lisa. tak mungkin lisa tidak jatuh cinta padanya sepanjang mereka bersama. gadis itu selalu malu tapi macam mahu. contohnya..lihatlah keadaan mereka sekarang? apa maknanya?

" jangan merepek boleh tak.. nanti i tolak u jatuh.." marah lisa. bibirnya sudah memuncung. buat2 merajuk konon.

" u.."

" diam...i taknak dengar.." lisa menutup kedua telinganya. mujur dia tak jatuh. erat iskandar memeluknya dari belakang.

iskandar ketawa.

" i cuma nak tunjuk u.. tu bawah tu chalet kita.. " iskandar menunjuk telunjuknya ke 1 kawasan yang luas..ada sungai mengalir dan ada pondok batu kecil beratap rumbia. cantik suasananya.nyaman sahaja.

" cantik..nanti kita kena bermalam di pondok tu ke?" tanya lisa.

"mm..."

" u dengan i?" tanya lisa. memandang lagi pondok kecil yang lagi kecil dari kamar hotel mereka.

" i takkan buat apa2 kalau u tak setuju.." usik iskandar dapat membaca otak kuning lisa.

" diam..." marah lisa.

iskandar senyum. malas sudah dia nak mengusik lisa. tunggu nanti malam.