webnovel

Pustaka Biru

Aku bukannya sengaja nak jadi ulat buku. Dulu... aku tak la minat sangat membaca. Kalau baca buku aku cepat mengantuk. Letih la tengok semua patah perkataan yang belum tentu lagi aku fahami. Tapi suatu hari, sekeping hatiku yang masih perawan ini telah dinodai oleh sejenis perasaan aneh. Orang yang menganugerahkan perasaan aneh itu adalah senior kolejku yang mukanya kacak macam Robert pattison. Alkisahnya aku telah terkutip dompatnya yang tercicir. Dan dengan kejujuran yang ada aku telah memulangkan dompet yang banyak isi duitnya itu kepada pemiliknya.

" Terima kasih, adik siapa nama ya? Jujur dan baik lah adik ni. Abang ingat abang tak akan dapat jumpa lagi dengan dompet ni.." Satu senyuman yang maha menawan ketika itu telah membuatkan dadaku berdegup kencang. Aku fikir aku telah terkena sakit jantung. Dia tak tahu yang aku sudah geledah semua isi perut dompetnya itu. Aku teringat gambar dia bersama seorang gadis cantik di dalam dompetnya itu. Tentu itu teman wanitanya. Entah kenapa bila teringat wajah cantik dalam dompetnya itu hatiku terasa kecewa. Benar-benar kecewa.. kecewa yang aku tak mahu fahami.

"Saya.. saya Neera" Hampir tergagap. Mataku terasa silau oleh 'kekacakan' lelaki itu. Dan selepas itu aku asyik terpandang senyuman abang senior yang bernama Ariman itu di mana-mana. Bayangan senyumannya yang menawan itu berlegar-legar di ruang mataku. Hampir aku lemas dibuatnya. Ah.. Begitu mudahnya aku terkena penyakit berbahaya ini? Gila... Dan tanpa dapat mengawal diri aku mula kemaruk memerhatikannya. Merenungnya dari jauh. Memerhatikan semua gerak lakunya tanpa disedarinya. Stalker? Hehe.. aku peduli apa! Kalau dia boleh curi hatiku hanya dengan senyumannya, kenapa pula aku berdosa menjadi stalker. Bukankah dialah pesalah utama yang menjadi punca semua tindak tanduk gilaku ini..

"Neera.. kau masih di bumi?" Adam mengejutkanku. Aku sedikit tersentak. Aku jeling Adam yang buat muka penuh makna memandangku.

" Apahal?" Tanyaku jengkel.

" Pinjam motor kau.. motor aku pancit.." Mahu tak mahu aku serahkan kunci motor pada Adam. Siapa Adam? Dia ni kiranya kembar aku. Sebab di mana ada aku, di sana ada Adam. Aku bukan nak sangat jadi kembar dia, kami sebenarnya berjiran saja. Tapi sedari kecil aku hidup dengan ayahku saja. Ayah selalu bertugas di luar daerah. Maka Adam dan keluarganya lah yang tolong menjagaku. Dan kerana itu aku rapat dengan Adam hingga kami jadi macam pasangan kembar. Selalu bersama ke mana saja.

" Kau asyik tengok Ariman, emn?" Tanya Adam tiba-tiba. Aku tergugup. Ketara sangat ke?

" Eh.. tak adalah" Dalihku.

" Kau jangan tipu. Orang lain kau boleh tipu. Tapi aku, tak payah.." Dia tergelak hingga rasanya muka aku diserbu bahang panas.

"Ariman tu orang berada tau. Dia tu pemilik perpustakaan persendirian di Bandar ni. Pustaka Biru. Alah tempat kita lepak buat assignment dulu tu. Itu dia punya tau!" Aku terkedu. Aku terbayang pustaka biru yang kelihatan mewah dan menjadi tumpuan ramai pelajar-pelajar dikalangan orang-orang berada. Bukan calang-calang Pustaka Biru tu. Di dalam nya terdapat kedai buku yang menjual buku-buku edisi terhad dan juga buku-buku antik yang tidak di jual di mana-mana. Buku-buka purba yang harganya sangat mahal. Aku jadi kagum bila mendapat tahu pustaka biru milik Ariman.

" Masih muda lagi sudah ada perpustakaan sendiri?" Tanyaku hairan.

" Bukan setakat perpustakaan, Dia memiliki banyak kedai buku di seluruh negara dan mempunyai syarikat penerbitan buku sendiri. Dia tu asalnya anak orang kaya. Tapi mak bapak dia terlibat dalam kemalangan 3 tahun yang lepas. Jadi semua harta jadi milik dia seorang. Bolehlah dikatakan -he have everything but also nothing" Aku tersentuh. Kisahnya mungkin tidak banyak beza dengan kisah aku dan ayah. Dalam dunia ni aku hanya ada ayah dan begitu juga sebaliknya. Cumanya aku masih ada ayah dan dia pula tiada sesiapa pun. Dan dia kaya manakala aku langsung tidak. Kerana ayah sibuk mencari duit untuk menampung hidup kami berdua, ayah selalu tiada bersamaku. Mujurlah ada Adam dan keluarganya ada, tempat aku menumpang kasih.

"Kesian juga ya.. dia sebatang kara dalam usia muda ni.. betul kata kau.. bila ada duit banyak tapi tidak ada family.. umpama tidak memiliki apa-apa.. " kataku memberi komen dari penjelasan Adam yang panjang lebar tadi. Adam mencebik.

" Napa kau buat muka macam tu?" protes ku dengan rasa jengkel. Adam ketawa.

"Apa yang mau kesian dengan orang kaya? dia tidak kurang apa-apa pun.. ada lagi ramai orang yang kesian berbanding dia.." Kata adam sambil cuit hidungku. Sejak dua menjak ni Adam semakin kerap 'usik' hidung tak mancung ku. buang tabiat betul la budak ni!

" Macam kau..!! sudah la miskin muka pun tak comel.." dan Adam ketawa berdekah-dekah lalu aku cuba hayun penumbuk ke badannya.

" Kurang asam.. kau muka alga shrek! tidak sedar diri.. " kataku dengan geram tapi Adam sudah pun melepaskan diri. Beberapa pelajar lain melihat gelagat kami sambil berbisik-bisik. Aku tersedar lalu cepat-cepat berhenti mengejar Adam. Jaga kau nanti balik siap la aku kenakan kau Adam! kataku dalam hati sambil mengetap bibir.

Dan disuatu petang yang nyaman aku ke Pustaka Biru. Dengan harapan aku dapat melihat lelaki yang saban hari aku rindui. Senior kacak tampan Ariman. Dan aku memang langkah kanan, kerana aku terpandang Ariman di suatu sudut. Dia kusyuk dengan bukunya. Dia si ulat buku yang sungguh memikat hatiku. Sepanjang aku memerhatikannya, Ariman tidak pernah keluar dengan mana-mana gadis. Pasti dia seorang yang setia. Cintanya hanya pada gadis yang ada dalam gambar itu. Sudah tentu! Ah.. tiba-tiba hatiku digigit cemburu. Cemburu itu tanda sayang kata orang. Tapi bolehkah rasa sayang itu datang dengan hanya tergoda pada senyuman Abang senior yang menawan itu? Gila.. kalau ini cinta pandang pertama, aku rasa ia benar-benar berlaku padaku!

Lama juga aku memerhatikan Ariman yang tengelam dalam bacaan bukunya. Hidung mancung, kening cantik terlukis, kulit cerah menawan bibir seksi mengoda.. aduh! tolong selamatkan aku! Aku terjatuh teruk ni!

Hampir satu jam aku jadi stalker hingga ku lihat Ariman siap membaca dan mula sibuk bercakap-cakap dengan gadis yang menjaga kaunter. Aku rasa sampai masa untuk aku beredar sebelum dia perasan yang dia sudah ku perhatikan dari tadi. Ketika hendak keluar dari situ aku terpandang iklan.

Pekerja sambilan di perlukan.

*Pembantu perpustakaan

*Masa Kerja : 9pagi-9 malam

*Hari: Sabtu dan Ahad sahaja.

Aku tersenyum lebar dan masuk kembali. Setelah memastikan Ariman sudah pergi dari Pustaka Biru.

Biarlah Ariman sudah ada gadis pilihan hati. Tak mengapa. Aku cuma mahu melihat wajahnya selalu. Sebab hatiku teruja setiap kali jantungku berdebar aneh saat terpandangnya!!

Aku beranikan diri masuk ke dalam dan bertanya pada gadis manis yang menjaga kaunter. Dia memandangku dengan muka tanda tanya.

" er.. saya ada nampak iklan di luar" kataku sambil aku tunjuk ke arah luar. Gadis itu ikut pandang ke arah tunjukan tanganku.

"oh.. iklan tu.. ya. masih ada kosong. kamu orang pertama yang tanya. Baru tadi bos saya lekat iklan tu" terangnya tanpa diminta. Dengar perkataan bos dari mulut gadis itu serta merta aku terbayang Ariman yang kacak. Bos yang dimaksudkan itu adalah dia tentunya. Aku jadi tersenyum, entah kenapa hatiku rasa berbunga-bunga.

"er.. macam mana kalau saya mau memohon jawatan pekerja sambilan tu? gaji nya berapa?" Tanya ku lagi. Walaupun soal gaji bukan lah target utama ku tapi aku tertanya-tanya juga.

"Gaji pekerja sambilan hujung RM8 satu jam. Hujung minggu sabtu dan ahad dari jam 9pagi sampai Jam 9 malam. makan dan minum ditanggung 3 kali, sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam. Uniform akan di sediakan" aku mengangguk-angguk sambil mencongak berapa upah yang boleh aku perolehi jika aku di terima sebagai pekerja sambilan di situ. Boleh tahan juga!

"Kamu masih pelajar?" tanya gadis itu sambil meneliti aku dari atas hingga bawah. Aku rasa sedikit gugup dan merasa sedikit malu, ketara ke aku sedang mencongak duit? cepat-cepat aku jawab.

"ya.. saya masih belajar" Aku bukan dari keluarga yang senang jadi kalau dapat duit tambahan, aku rasa amat bersyukur. Selama ni pun aku tolong-tolong emak Adam berjualan nasi lemak.

"Kalau masih pelajar.. digalakkan juga datang berkerja sepenuh masa pada musim cuti semesta.. Tapi kerja bukan kira jam tapi kira hari" mataku bersinar-sinar mendengar penjelasan gadis itu. Jadi kalau aku boleh berada diwaktu musim cuti semesta, aku punya peluang yang lebih besar mendekati Ariman! oh terima kasih tuhan!!

eh.. tapi aku lupa.. aku belum pun confirm dapat kerja ni. Gadis itu kemudiannya menyuruhku mengisi borang permohonan kerja.

" kalau tersenarai pendek saya akan di panggil temuduga?" tanya ku sedikit tidak sabar. Tuhan! Tolonglah. Aku nak sangat kerja ni. sudah lah gajinya agak lumayan malah aku berpeluang bersua muka selalu dengan si pemilik hatiku!

"Ya. paling lambat kamu akan di panggil untuk temuduga 3 hari dari sekarang kalau cik termasuk dalam senarai pendek calon yang layak. Kalau dalam 3 hari ini tidak ada apa-apa panggilan itu bermaksud cik tidak berjaya" Terang gadis itu dengan suara skema. Aku hanya menganguk angguk tanda faham dan kemudiannya berlalu pulang.

*****

Nächstes Kapitel