webnovel

CEO itu bukan bos aku.

Lyn asyik menikmati kopi Americano yang dibeli bagi menghilangkan ketagihan kafein yang sangat dicintainya, seawal pagi yang sangat sibuk hanya sekarang sempat mencari kesukaanya itu,sambil matanya liar memerhati manusia yang lalu lalang menjalani kehidupan masing-masing.Cemburu melihat pasangan yang bermanja dan bermesra,dia mengalih pandangan matanya melihat jam di pergelangan tangan ."Sudah jam 9 malam, ahh cepatnya masa berlalu, baru nak mencuci mata sebentar",fikir Lyn yang lelah mengadap hari-hari yang sama setiap hari.Sudahlah hidupnya serasa tiada kebebasan tiada kesempatan untuk berlibur dan hampir tiap masa walau hari cutinya,ketuanya,Tuan Arman Shah yang sangat-sangat cerewet dan sentiasa mencari salah sentiasa mengarahkan dia untuk melaksanakan tugasan mengikut rentak dan suka beliau.Memang la dia di bayar untuk setiap kerja lebih masa tapi.... 'Aku pun manusia juga yang nak memanjakan diri dan menghabiskan masa dengan keluarga dan teman, tiada masa untuk bersosial hanya kerja dan kerja..'. Dia baru berkhidmat tidak sampai tempoh sebulan untuk sang ketua. Sebelumnya dia berkhidmat dengan Puan Kasmah.Andaian diri bila berubah ketua hidupnya lebih aman kerana selalunya ketua perempuan yang lebih cerewet namun dia silap kerana ketua yang baru ini walau nampak sebaik malaikat, bak kata orang tua-tua pijak semut pun tak mati. Mampu kah Lyn untuk terus menjadi setiausaha kepada Tuan Arman Shah, CEO muda yang berkaliber dan gila bekerja?

NorST · Allgemein
Zu wenig Bewertungen
35 Chs

Relax

"Happy new years!!",laung Ikmal gembira sambil mengangkat chopstick menyuap sayur kangkung ke mulut Jamal yang berada di sebelahnya."Along happy birthday!",ucap Ikmal lagi.Jamal membuka mulutnya menerima suapan adik bongsunya yang masih berperangai kebudak-budakkan walaupun usia sudah menginjak 30an."Dik, kamu tak nak kahwin ke?",soalan pertama tahun baru di tanya oleh Jamilah pada adik iparnya."Alah kak Long ini, relax la,I'm young",jawab Ikmal tergelak mendengar soalan yang baginya sangat remeh."Along kamu nikah dengan akak umur 25 tahun, kamu tu dah 30 tahun tahun this year",sangah Jamilah semula menyambung bebelan.Kedengaran suara tangisan Damien bergaduh dengan Darish saling tidak mahu beralah bermain game di dalam rumah."Pak Chu...huhuhu Darish tak nak bagi Damien main PS4 tu.Dia nak main sorang-sorang",Damien datang mengadu kepada Ikmal. Ikmal memujuk si kembar yang walaupun telah berusia 10 tahun yang masih manja dan juga mahu lari dari bebelan Jamilah."Jom Damien kita main basikal nak?chu race dengan awak kat depan sana",ajak Ikmal lagi menghentikan tangisan Damien. Darish mengekor Ikmal bila mendengar mengajak Damien bermain basikal. Si kembar berdua memang sangat manja dengan Ikmal."Darish nak main basikal juga", tidak mahu beralah Darish mahu ikut serta."Pergi ambik basikal Darish,main sama-sama , tak mahu gaduh-gaduh. Dah Darish dan Damien berdamai hug sama-sama",pujuk Lyn pula. Melihat telatah ahli keluarganya itu tenang hati Lyn."Angah, kamu cuti berapa lama?",Jamilah bertanya pada adik iparnya yang duduk di sebelahnya sangat leka menikmati makanan."Esok dah kerja Kak Long, tak boleh cuti lama.Project banyak nak kena buat submission. Kejar dateline takut kena denda.Tunggu boss cuti panjang baru boleh cuti",lemah suara Lyn menjawab tapi mulut masih laju mengunyah makanan."Kak Long tau tak yang Lyn dah naik pangkat jadi PA",Suhana pula mencelah sambil tangannya masih lagi laju menyuap steamboat yang terhidang di ruang garage rumah Jamal dan Jamilah bersempena sambutan tahun baru dan juga sambutan hari jadi Jamal yang ke 40 tahun. Hakim yang sememangnya sangat suka akan steamboat leka menikmati makanan sesuai dengan tubuh badannya yang pada usia 11 tahun yang seberat 65kg. Suhana dan Hakim di jemput untuk acara makan-makan sekeluarga mereka kerana mereka adalah kenalan sejak Lyn belajar di UiTM Shah Alam tahun 2002.Halim tidak ikut serta seperti biasa outstation (faham-faham sahaja di mana)."Mak Ngah, Dalina nak pinjam handphone mak angah boleh?', tiba-tiba Dalina anak sulung Jamal bersuara dari arah belakang mereka, si gadis sunti yang telah berusia 15 tahun. Lyn memandang muka Jamilah seakan bertanya boleh atau tidak?Jamilah menganggukkan kepala tanda setuju."Dalina nak buat apa dengan hp mak angah?',soalan di tanya Lyn sebelum dia menyerahkan telefonnya kepada Dalina."Dalina nak ambik gambar family kita la.Kan handphone Dalina kena sekat tahun ini, I'm 15 already.This year exam PT3",jawab Dalina jujur. Dia pun tahu bahawa ibubapanya tegas dalam mendidik dia dan adik-adiknya kerana mahu mereka berjaya dalam hidup."Okey, nah Dalina ambik gambar banyak-banyak dan cantik tau,pastikan mak angah gorgeous kat dalam setiap gambar",gurau Lyn sambil menyerahkan telefonnya.Dalina yang sememangnya sangat suka bergambar mula berselfie dan merakam moment pada hari itu.Kediaman Jamal dan Jamilah meriah dengan bunyi anak-anak bermain dan mereka bersembang bersama.Jamal tinggal dirumah teres dua tingkat di Puchong yang berhadapan akan tasik yang memberikan aura seolah-olah berada di tepi pantai kerana sentiasa ada tiupan angin yang menyamankan walaupun kawasan perumahan yang agak jauh kedalam ternyata ianya berbaloi kerana jauh dari bunyi bising kenderaan lalu lintas. Sangat nyaman dan menyenangkan, sesuai untuk pertumbuhan anak-anak mereka.