301 Persembahan Bermula

Translator: EndlessFantasy Translation Redakteur: EndlessFantasy Translation

Stadium dipenuhi dengan bunyi yang kuat dan meriah. Sebagai tuan rumah yang menepati keperluan Pakatan Profesional, Kelab Samsara telah berusaha kuat untuk menunjukkan keupayaan mereka. Pada risalah promosi, setiap 24 pemain yang dipilih untuk menyertai acara ini mempunyai mukasurat khas tersendiri. Mukasurat ini mempunyai gambar pemain, maklumat tentang mereka, pengenalan serta lukisan watak Glory yang pemain tersebut gunakan. Jelas sekali pihak produksi telah melakukan tugas dengan baik.

Siapakah 24 pemain yang terpilih? Peminat seperti Chen Guo sudah tahu akan jawapannya sebelum acara bermula lagi. Chen Guo menjadi semakin teruja sewaktu membaca mukasurat demi mukasurat risalah tersebut, terutama sekali apabila dia sampai ke mukasurat Su Mucheng. Dia dilamun cinta sehinggakan terlupa hendak bergerak sekalipun.

Gesperrtes Kapitel

Unterstützen Sie Ihre Lieblingsautoren und -übersetzer bei webnovel.com

avataravatar
Nächstes Kapitel