672 Ketenangan Satu Pasukan yang Lemah

Translator: EndlessFantasy Translation Redakteur: EndlessFantasy Translation

Ketua Conquering Clouds sememangnya tahu dia sedang berhadapan dengan siapa. Biasanya dia akan berasa teruja apabila bertemu dengan pemain profesional, tidak kira siapa pun dia.

Tetapi mana mungkin ketua Conquering Clouds akan berasa teruja dalam situasi sebegini?

Peminat pasukan lemah memang kasihan sekali. Pasukan yang kuat ada Dewa, kadar kemenangan yang cantik dan rekod perlawanan yang hebat. Semua ini mampu membuatkan peminat berbincang tentang pasukan kegemaran mereka dengan penuh bersemangat. Namun, pasukan lemah tidak memiliki apa-apa pun di antara semua ini. Peminat membuat keputusan untuk menyokong pasukan lemah atas sebab tersendiri, bukan kerana pencapaian mereka yang menakjubkan. Disebabkan ini, para peminat pasukan lemah biasanya lebih setia kerana tidak ada banyak sebab lain untuk mereka memberikan sokongan. Mereka bermula pada posisi yang rendah. Kemajuan yang sedikit pun sudah cukup untuk membuat mereka puas hati.

Gesperrtes Kapitel

Unterstützen Sie Ihre Lieblingsautoren und -übersetzer bei webnovel.com

avataravatar
Nächstes Kapitel